Salam Sahabat,
Pada 10 Jun lalu, Pengurusan Media Prima telah membuat 2 perlantikan untuk mengisi 2 kekosongan terkini iaitu...
1. En Rahman Ahmad, Group Managing Director MPB.....akan berpisah pada 1 Ogos 09
2. Datuk Kamarulzaman Zainal, Director NCA TV3/MPB...telah berpisah 1 Julai 09
Oleh dengan itu perlantian Pertama adalah....
Datuk Ahmab Talib, Pengarah Operasi Berita & Editorial Media Prima......berkuatkuasa serta merta di tugaskan memerhati dan mengawasi semua operasi berita Media Prima & NSTP group.
Beliau juga di lantik ke Board of Director Media Prima & BOD NSTP.
Beliau sebelum ini adalah :
1. Wartawan Ekonomi Bernama, 1972
2. Wartawan Business News, 1978
3. Pengarang Ekonomi Berita Harian, 1985
4. Penolong Pengarang Berita New Straits Times & Sunday Times
5. Pengarang Berita NST
6. Pengarang Kumpulan NST, 1998
7. Pengurus Besar Kumpulan, Komunikasi & Pemasaran Editorial NSTP, 2004
......................ambil VSS 2005
Desas-desus mengatakan beliau akan menerapkan konsep
1Malaysia PM ke dalam semua bahan berita MPB.
Perlantikan ke dua adalah......
En. Shaharudin Abd Latif, Pengarang Urusan Kumpulan Berita & Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen & Radio Media Prima. Beliau akan mengawal dan menyelia semua bahan berita MPB samaada TV atau Radio dan melaporkan diri kepada Datuk Ahmad Talib.
En. Shah sebelum ini adalah :
1. Wartawan Berita Harian, 1982
2. Wartawan Bah. Berita & Ehwal Semasa TV3, 1993
3. 2009, Pengurus Besar, Berita & Ehwal Semasa TV3
Beliau di kenali di NCA TV3 sebagai Mr Clean & Mr Cool kerana relex, steady dan tidak pernah terlibat dalam sebarang skandal atau pertelingkahan dgn staff.
Kesatuan memohon kepada kedua-dua mereka ini dapat menjaga kebajikan semua staff MPB atau TV3 dan menjaga kebajikan ahli-ahli Union TV3 secara keseluruhan.
TAHNIAH !!!!