Monday, February 23, 2009

Workers Grievances-MTUC

Salam Sahabat,

Yesterday Ahad 22hb Feb 2009, saya bersama 2 exco Mohamad & Rahman menghadiri Mesyuarat Majlis Am MTUC kali ke 4 bertempat di Wisma Mtuc. Agak lama saya tidak menghadiri mesyuarat MTUC kerana banyakmenyelesaikan masalah di TV3.

Antara isu yg di ketengahkan dan di suarakan adalah :
1. Masalah kegawatan ekonomi - kekalutan syarikat dalam menangani masalah ini di perbincangkan dan ia lebih menekan pekerja walaupun impak balasannya adalah kecil dan masih gagal merangsang kewangan syarikat.

2. Presiden & SUK di buang kerja - syarikat perbuangan sampah di sarawak (spt alam flora) telah membuang presiden & setiausaha kesatuannya kerana melakukan protes di jalanan...sepatutnya ia masalah polis (jika tiada permit) bukan masalah syarikat, kerana ia bukan di premis syarikat....mungkin piket/protes ini di lakukan berhampiran tong sampah..so kira di tempat kerja la kot?

3. Pekerja Kapal Merempat - majlis am juga di maklumkan terdapat 2 kapal di tinggalkan (abandon) di perairan Tawau, Sabah dan krew2 nya tidak di beri sebarang bekalan samaada duit atau makanan..cuma mengharapkan belas ehsan penduduk Tawau sahaja.

4. Kedaifan MTUC Sabah - di maklumkan bangunan mtuc cawangan sabah sgt daif dengan tiada elektrik, air, air cond dan syiling serta tiles yg pecah2...mohon mtuc memberi sumbangan utk pembaikan.

5. SOCSO menekan pekerja - peraturan2 baru dari socso amat menekan pekerja, banyak tuntutan di tolak dan perlu di bawah ke mahkamah rayuan manakala doktor panelnya pula banyak alasan sedangkan socso adalah seumpama syrk insuran yg mengaut keuntungan drp pencarumnya...tetapi bila nak tuntut balik..banyak masalak lak.

Itu antara masalahnya...sambungan esok.

No comments: