Friday, February 20, 2009

CA Article 23 & Article 24

Salam Sahabat Kesatuan,

Apakah Artikel 23 dan Artikel 24 dalam Perjanjian Bersama (Collective Agreement) kita?

Artikel 23, adalah Kenaikkan Gaji Tahunan...dan Artikel 24 adalah Penyelarasan Gaji.

Pada 18hb Feb (2 hari lalu) saya telah terima surat daripada En Rahman Ahmad, Group Managing Director MPB & Executive Director TV3 dalam isu 2 artikel ini dan feedbacknya kurang memberangsangkan.

Dalam CA 2005-2008...adjustment gaji adalah 7% dan untuk CA 2008-2011 syarikat telah membuat pertambahan 1% kepada 8%...adakah ia memandai?? Majlis Jawatankuasa Kerja & Jawatankuasa Perundingan akan bermesyuarat kelak.

Dalam CA 2005-2008..yearly increment adalah 6% dengan tambahan 1% utk appraisal PMS 4 dan tambahan 2% utk appraisal PMS 5......berapakan Lembaga Pengarah TV3 & Media Prima beri kepada ahli2 Kesatuan utk CA 2008-2011.............................KEKAL!!!

Satu tamparan kepada tuntutan Kesatuan sebanyak 10% each article...alasan yang di beri adalah kegawatan ekonomi dunia..adakah alasan ini boleh di terima pakai. Sama-sama kita fikirkan...hmmm apakah langkah seterusnya?

Kesatuan akan membuat kunjungan hormat yg mengejut kepada pejabat En Rahman atau beliau sendiri yg setup mesyuarat khas....sebelum kita bentangkan tikar mengkuang dan duduk bersila utk berbincang.

atau.......kita berkumpul di depan Sri Pentas...beramai-ramai utk.....PIKET !!!!

Jupe lagi

1 comment:

Erika Anuey said...

Tikar mengkuang?..wakakakka.
Dasat la abg siam.. hahahah