Monday, February 16, 2009

Performance Appraisal

Salam,

Setelah 2 hari sessi appraisal utk 2nd round di adakan pada 13 & 16hb untuk 10 pemandu MS, beberapa perubahan telah di lakukan...alhamdulilah pengurusan MS sedia membuat perubahan.

Kenapa perlu ada 2nd round appraisal dan pembabitan Presiden Union jika penilaian di buat dengan telus?
Jika setiap pengurusan unit dan jabatan telah memahami cara2 PMS di jalankan, mengukur tahap sebenar prestasi pekerja dan target KPI tahunan semua pekerja, ia akan menjadi lebih mudah....dan tidak akan ada "grievance" dan pembabitan union.

Dalam 10 kes pemandu ini.......
2 pemandu telah menarik balik grievance.
3 pemandu telah berjaya di naikkan ke rating 4.
5 pemandu gagal dalam penilaian semula.

Apakah peranan Union seterusnya?
Kita telah memberi dateline kepada HR untuk semua penyelesaian kes appraisal PMS ini pada Selasa 17hb (esok) dan jika masih wujud pertikaian @ kilanan @ grievance..kes akan di failkan kepada union yg akan mengfailkan ke HR yg kemudian akan mengadakan sessi mediator utk penyelesaian.

Mediator..apa tu?
Ia adalah mesyuarat perundingan untuk penilaian kembali dengan Union bertindak sebagai peguam yg akan menyoal pengurusan kenapa penilaian ini menjadi isu dan mempertahankan aduan ahli2. HR akan bertindak sebagai moderator yang akan menilai kes samaada menyebelahi pengurusan unit atau union/pekerja.

Isu pemaslahan appraisal PMS ini hanya wujud bilamana isu bonus produktiviti (KPI) menjadi satu daya tarikan. Ia tidak lagi menjadi isu penilaian prestasi tetapi...berapa banyak syarikat perlu bayar bonus dan ada orang2 tertentu yg telah menambat hati bos utk dapatkan rating tertinggi iaitu 5.

Tetapi dengan adanya Union...pengurusan yang ingin mengambil kesempatan ini telah lebih berhati-hati dan menjaga bontot mereka..kerana union akan memastikan nama dan jawatan mereka tergugat jika penipuan berlaku.....

Untuk rekod...tiada pengurus yang telah di seret ke mediator ini akan sanggup kembali ke mediator utk kali kedua..so bermakna tekanannya amat tertinggi.
Terima Kasih,.

No comments: