Tuesday, February 24, 2009

New Approach TV3 Union Office

Salam Sahabat Union,

Sempena tahun baru 2009, kita semua akan membuat atau merancang azam baru dan walaupun sudah bulan Feb..akhirnya azam Union kini dapat di kotakan untuk membuat penampilan atau approach baru yg bersesuaian Ulangtahun KSKSTMB yg ke 20 dan membina atau menambah pendidikan kepada ahli2 nya.

Gambar di bawah adalah sebahagian daripada penampilan baru iaitu...LIBRARY utk ahli2 Union membuat rujukan dan kajian setiap kes dari IR court atau CA syarikat2 di dalam dan luar negara serta memahami apa itu Domestic Inquiries, koleksi buku Akta-akta dan Annual Report TV3 semenjak 1996 lagi hingga 2007.
Daripada masa kesemasa...koleksi buku ini akan di tambah....

Begitu juga dengan dengan suasana pejabat Union telah berubah..dan "mesra ahli" bersesuaian dengan keperluan untuk melayan "rintihan" dan kilanan ahli2. Sofa di sediakan utk keselesaan, tv dan radio utk maklumat terkini.
Keselesaan ahli-ahli adalah tanggungjawab union.

Di setiap pejabat, sentiasa ada lokasi utk fail-fail dan rekod2...di pejabat union juga kita menyediakan lokasi terbaik dan tertinggi utk keselamatan dan kekemasan fail2 berkenaan.
Lokasi yg terbaik..tinggi dan teratur...

Sejajar dengan keperluan IT semasa, union juga telah mengambil penerapan "free information" dan dengan kerjasama Chief Technology Officer kita telah menerima 4 buah PC untuk kegunaan ahli2 utk mempelajari asas komputer dan memahami konsep e-leave serta melayari laman peopleconnect.
Informasi dan ilmu adalah free dan selesa utk ahli union....

Namun yang paling utama adalah LARANGAN....NO SMOKING! di pejabat Union untuk memasikan ahli2 dapat menjaga kesihatan...budaya sihat dan persekitaran yang nyaman.
Sayangi lah nyawa anda....

Ruangan solat juga di sediakan..alhamdulilah dalam kita mengejar kemewahan dan keduniaan...akhirat jangan di lupakan.
Sejadah yang menarik dan surah Yassin di sediakan.....Untuk persediaan di waktu kecemasan...di pejabat union juga di sediakan peti "first aid" dalam mematuhi polisi OSH TV3 dan persedian di waktu kecemasan.
Di harap perubahan ini lebih mendorong ahli-ahli kesatuan untuk hadir ke pejabat union dan mempelajari selok belok kesatuan.
Salam.

No comments: