Wednesday, February 11, 2009

Kaedah mengekalkan kestabilan ekonomi

Salam ahli kesatuan,

Maaf lama tidak ber"blog" kerana presiden perlu bertugas sebagai jurukamera TV3.

Saya suka membicarakan isu ekonomi atau masalah kewangan sekarang, kerna ia adalah isu global tetapi mempunyai kesan kepada union kita. Kerana kejayaan CA 2008-2011 adalah pada kedudukan ekonomi dunia, malaysia dan TV3 khasnya.

Saya mengambil kenyataan Tun Mahathir, "perkara asas sekarang adalah utk meningkatkan pendapatan untuk memastikan ekonomi di rangsang melalui kitaran barangan tempatan".

Apa yang boleh kita faham adalah, gaji tetap perlu di naikkan kerana melalui duit gaji ini kemudian akan di belanjakan kepada barangan tempatan yg akan melancarkan ekonomi negara.

Kenapa ada sesetengah syarikat, mengurangkan pekerja, tidak memberi kenaikkan gaji atau memberi tekanan kepada pekerja2...padahal kita sebagai pekerja juga adalah pengguna dan kita akan merancakkan ekonomi negara bukan syarikat berkenaan secara tidak langsung.

Datuk Seri Muhyidin Yassin pernah berkata, "pengurangan pekerja adalah tidak perlu tetapi pekerja ini perlu di beri penekanan pada pertambahan skil (multiskil) supaya boleh di letak dalam unit yg memerlukan'.

Namun menurut pengerusi "retrenchment board"....kini sudah 32,000 pekerja kilang telah di tamatkan perkhidmatan..sedangkan kenyataan kementerian sumber manusia..hanya 10,000 sahaja, mana yang betul? Itu bukan persoalan...yang menjadi persoalan kenapa..pekerja ini di tamatkan perkhidmatannya?

Salam.

2 comments:

pakteh said...

Tuan Presiden
UK sedang mengambil kesempatan kemerosotan ekonomi sejagat sekarang ini dengan memberhentikan pekerja asing (bukan warga negara UK dan Eropah). Jadi yang jadi mangsa ialahpekerja dari negara Dunia ketiga termasuk Malaysia.
Majikan di Malaysia juga sedang memikirkan berbuat demikian, saya harap pekerja Bangla, Indon dll diberhentikan dulu dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Saya pasti TV3 tak terkena kegawatan ini dan TV3 tak ada pekerja asing melainkan tukang sapu!. Jikalau TV3 buat juga kerja semacam ini sengaja pihak Pengurusan ambil kesempatan.

Khairuzzaman Mohammad, said...

insyallah keadaan terkawal Datuk, dgn adanya Presiden yg terbaik dalam sejarah Union TV3....anak Pak Mat Drebar Bas....:)