Tuesday, January 27, 2009

Cara-Cara Mengisi Borang PMS

Salam sahabat ahli2 kesatuan,


Harus di maklumkan bahawa pengisian borang PMS dalam target KPI atau target prestasi yg perlu di pertingkatkan perlu di buat pada awal tahun seeloknya Januari... dan wajib dengan perbicngan dan mengikut konsep "SMART".

Berapa banyak target KPI tidak menjadi halangan kerana jumlahnya mesti menjadi 100 juga. Seeloknya target yg tinggi percentage nya berada di atas utk lebih pemahaman.

Priority lebih kepada "job spec" dan satu kategori untuk disiplin yg melibatkan punctuality, attendance, dressing dll kerana skop disiplin adalah luas.
Ruangan target KPI ini adalah mewakili 50% daripada jmlah keseluruhan appraisal PMS. Manakala baki 50% lagi adalah "Compentancy"..apa benda tu ?...
Competency adalah "kecekapan". dan ia di nilai
melalui KEBOLEHAN, SIFAT, KEMAHIRAN & PENGETAHUAN yang membolehkan seseorang itu berjaya dalam dalam memyempurnakan sesuatu kerja atau cabaran.

Dalam pemilihan competency/kecekapan, staff non eksekutif hanya mempunyai 10 kategori kecekapan sahaja..dan melalui perbincangan antara penyelia dan pekerja...hanya 5 kategori yang telah di persetujui bersama akan di masukkan ke dalam bahagian competency ini dan secara langsung adalah "support" bahagian KPI.. bukan sesetengah penyelia yg sesuka hati memasukan kecekapan pekerja.

Dan setiap kategori yang di pilih tetap mempunyai graf tahap pencapaiannya dan bukan tahap sesuka hati.

Jika pekerja telah mencapai tahap ini, ia akan di beri rating seperti di dalam "matrik competancy" tadi.

Oleh itu bermakna utk perletakan KPI dan compentency borang PMS ini memerlukan perbincangan yg terbaik antara penyelia dan pekerja bawahannya.
masalahnya banyak penyelia tidak mahir atau tidak layak menjawat jawatan penyelia so ramai yg tak boleh mematuhi prosedur PMS ini...sebab skill nya terlampau tinggi..(yelah nak menilai pekerja) ada juga yg lemah dalam english so bertambah lah sawan diorang dalam membuat PMS...biarkan incharge bodoh bukan kita.


Harus juga di fahami bahawa PMS hendaklah di buat secara quarterly..bermakna 4 tahun sekali iaitu :

Jan/Feb - pemahaman target KPI

Mac - Quarter 1

Jun - Quarter 2

Sept - Quarter 3

Dec - FINAL review.

Bermacam-macam alasan di beri oleh penyelia utk tidak mematuhi prosedur ini....jangan kalut, sebab penyelia tu saja mencari nahas..kerana akhirnya bila membuat penilaian akhir.... bermacam alasan akan di beri...jika pekerja bermasalah, bukan menunggu akhir tahun utk memaklumkannya sepatutnya dalam quater yg berkenaan barulah perubahan boleh di lakukan.

Jika anda mempunyai masalah atau ada pertanyaan ...sila hubungi mana2 EXCO Union.

No comments: