Tuesday, January 27, 2009

Cara-Cara Mengisi Borang PMS

Salam sahabat ahli2 kesatuan,


Harus di maklumkan bahawa pengisian borang PMS dalam target KPI atau target prestasi yg perlu di pertingkatkan perlu di buat pada awal tahun seeloknya Januari... dan wajib dengan perbicngan dan mengikut konsep "SMART".

Berapa banyak target KPI tidak menjadi halangan kerana jumlahnya mesti menjadi 100 juga. Seeloknya target yg tinggi percentage nya berada di atas utk lebih pemahaman.

Priority lebih kepada "job spec" dan satu kategori untuk disiplin yg melibatkan punctuality, attendance, dressing dll kerana skop disiplin adalah luas.
Ruangan target KPI ini adalah mewakili 50% daripada jmlah keseluruhan appraisal PMS. Manakala baki 50% lagi adalah "Compentancy"..apa benda tu ?...
Competency adalah "kecekapan". dan ia di nilai
melalui KEBOLEHAN, SIFAT, KEMAHIRAN & PENGETAHUAN yang membolehkan seseorang itu berjaya dalam dalam memyempurnakan sesuatu kerja atau cabaran.

Dalam pemilihan competency/kecekapan, staff non eksekutif hanya mempunyai 10 kategori kecekapan sahaja..dan melalui perbincangan antara penyelia dan pekerja...hanya 5 kategori yang telah di persetujui bersama akan di masukkan ke dalam bahagian competency ini dan secara langsung adalah "support" bahagian KPI.. bukan sesetengah penyelia yg sesuka hati memasukan kecekapan pekerja.

Dan setiap kategori yang di pilih tetap mempunyai graf tahap pencapaiannya dan bukan tahap sesuka hati.

Jika pekerja telah mencapai tahap ini, ia akan di beri rating seperti di dalam "matrik competancy" tadi.

Oleh itu bermakna utk perletakan KPI dan compentency borang PMS ini memerlukan perbincangan yg terbaik antara penyelia dan pekerja bawahannya.
masalahnya banyak penyelia tidak mahir atau tidak layak menjawat jawatan penyelia so ramai yg tak boleh mematuhi prosedur PMS ini...sebab skill nya terlampau tinggi..(yelah nak menilai pekerja) ada juga yg lemah dalam english so bertambah lah sawan diorang dalam membuat PMS...biarkan incharge bodoh bukan kita.


Harus juga di fahami bahawa PMS hendaklah di buat secara quarterly..bermakna 4 tahun sekali iaitu :

Jan/Feb - pemahaman target KPI

Mac - Quarter 1

Jun - Quarter 2

Sept - Quarter 3

Dec - FINAL review.

Bermacam-macam alasan di beri oleh penyelia utk tidak mematuhi prosedur ini....jangan kalut, sebab penyelia tu saja mencari nahas..kerana akhirnya bila membuat penilaian akhir.... bermacam alasan akan di beri...jika pekerja bermasalah, bukan menunggu akhir tahun utk memaklumkannya sepatutnya dalam quater yg berkenaan barulah perubahan boleh di lakukan.

Jika anda mempunyai masalah atau ada pertanyaan ...sila hubungi mana2 EXCO Union.

Thursday, January 22, 2009

Perfomance Management System (PMS) @ appraisal

Salam ahli2 Union,
Seperti tahun-tahun sebelumnya...appraisal @ PMS utk final assesment akan dijalankan dan prestasi pekerja2 akan di nilai dgn Rating 1,2,3,4,atau5, rating ini akan di convert pula menjadi RM...(duit..duit). Oleh itu setiap penilaian amat berharga dan penting.

Seperti tahun sebelumnya, Union sentiasa menerima aduan "grievance" (kilanan...terkilan atau tidak puashati). Dan mengikut statistik Union :
2005 - 3 aduan, Rating 2 - 3 org (semua berjaya ke rating 3)
2005 - 19 aduan, Rating 2 - 3 org (2 org berjaya ke rating 3)
Rating 3 - 16 org
2006 - 5 aduan, Rating 2 - 2 org(semua berjaya ke rating 3)
Rating 3 - 3 org
2007 - 6 aduan, Rating 2 - 1 org
Rating 3 - 5 org
2008 - 2 aduan, Rating 3 - 2 org

Apakah pentingnya rating ini dan kenapa ia menjadi isu atau pemasalahan ?
Ia akan effect pada kenaikkan gaji tahunan ahli union, upgrading, promotion dan bonus KPI syarikat berdasarkan prestasi kewangan syarikat.
bagi bos-bos berapa kos yg keluar lagi penting dari pestasi pekerja
Apakah dia PMS @ appraisal?
Satu kaedah yg sistematik bagi meningkatkan prestasi individu dan pasukan untuk mencapai objektif syarikat.
tapi kbanyakkan bos..lebih suka condemn pekerja je..
Apakah polisi PMS?
Plan prestasi setiap 3 bulan, adakan perbincangan dan hasrat meningkatkan prestasi pekerja.
ada unit wat appraisal setahun sekali..alasan sibuk, cakap je lah takut jupe anak buah.
Unsur-unsur PMS?
sistem SMART.. Specific (mudah difahami), Measurable (dapat ukur kualiti tugasan), Achievable (oleh di perolehi dgn skill sekarang, Realistik (boleh di capai bukan mudah sangat atau mustahil di capai), Time bound (dalam jangkamasa setahun atau 3 bulan.
..apa yg bos buat?...dia letak sukahati dia je..spt tak boleh MC.gilo apo

Jika tidak bersetuju dgn rating, apa yang perlu kita buat?
Cuba berbincang dgn superior berdasarkan prestasi anda tidak mengira berapa kerap..selepad deadlock iaitu perbincangan mati, sila hubungi Union dan failkan grievance atau rungutan, union akan bawa kepada HR dan adakan satu mediator utk mengcungkil segala pemasalahan dan alasan 2 pihak. Pihak HR sebagai org tengah akan membuat penilaian dan keputusan. Pihak Union akan sentiasa bersama anda.
di sini kebodohan superior anda akan terbongkar di depan pegawai HR TV3..rekod buruk lah
Untuk sebarang keputusan..sila bawa berbincang atau tanya pendapat rakan2 setugas, jangan terburu-buru atau ikut panas baran, yg akan rugi anda bukan bos-bos kita.

Wednesday, January 21, 2009

Union Cyber Lab

Arus teknologi telah berjaya mengubah minda dan pandangan ahli2 Union tentang IT dan komputer. Selepas syarikat memperkenalkan PC Fair tahun 2008 lalu, ramai ahli2 Union telah
membeli laptop.

Daripada visual sebelah, adalah gambaran pejabat
Union dgn kesibukan ahli2 "surf" internet. Hanya kelihatan 5 laptop sahaja tetapi sebenarnya terdapat 7 laptop dan 3 PC...oii banyaknya.

Kesatuan akan di bekal dgn 3 PC lagi utk melanjutkan pendidikan atau kesinambungan dari kursus tempohari..yang akan diletak di dalam bilik Union dan juga akan memkaji keperluan atas cadangan CTO utk mengadakan kursus sepertinya setiap bulan.

Kesatuan juga akan mengadakan beberapa kursus lain..di harap ahli2 menunggu giliran an bersabar.

2nd Day..Kecemerlangan berterusan

Alhamdulilah, hari ke 2 kursus berjalan dengan lancar namun kegagalan line internet utk mempelajari e-leave dan job-sheet yg bakal di ajar oleh Puan Sabariah Hussin (senior executive MIS) telah mencacatkan sedikit keberkesanan kursus....
Namun ia tidak mematahkan semangat peserta2 untuk mempelajari selok-belok microsoft office (Words dan Excel) yg kemudian di ajar oleh Sdr Roslan (Bendahari) dan Sdr Mohammad (exco).
Kursus kemudian di akhiri dengan Majlis Penutup dan Penyerahan Sijil Perhargaan oleh Puan Zuraidah Atan, Chief Technology Officer Media Prima dan En. Muzammil, Pengurus IT Operation TV3.
Kegembiraan dan kepuasan peserta2 jelas terpampang di wajah mereka...Kehadiran 2 VIP daripada Jabatan IT ini amat di hargai oleh semua peserta dan Kesatuan dalam mengiktiraf Kursus Asas Komputer KSKSTMB 2009 untuk kali pertama..Di akhir majlis, CTO telah mencadangkan utk membekalkan 3 PC kepada ahli2 Union utk mereka terus mempraktikan apa yg telah di pelajari dan utk peserta-peserta baru.
Kesatuan amat terharu atas keperihatinan MIS melaui CTO dan Pengurus Operasi IT dalam mempromotekan budaya IT di kalangan ahli-ahli Kesatuan.
Kepada semua 20 orang ahli...Tahniah kepada semua..insyallah kita akan bersua kembali.

Tuesday, January 20, 2009

1st Day, PC Training - 20th Jan 09

Alhamdulilah, hari pertama kursus berjalan dengan lancar dan kehadiran 20 org peserta.

Peserta di dedahkan dengan penerangan "Apa itu Komputer" CPU, cara melayari internet, mengemaskini email, dan fungsi2 "keyboard" dan "mouse", sedikit tentang Microsoft Outlook, Words dan setting di dalam PC.Peserta-peserta telah memberi komitmen dan minat yg terlampau mendalam sehingga bila dimaklumkan waktu rehat...tiada siapapun berganjak..kadang2 di sesetengah kursus, belum apa2 dah lapar, ada yg menguap tetapi di dalam kursus ini mata tidak pernah berkelip dan tangan tidak pernah dok diam sentiasa memegang "mouse".
Dalam gambar-gambar ini, jelas terpapar minat masing-masing....

Insyallah, esok hari kedua dan terakhir akan berjalan dengan lancar dan bermanfaat kepada semua peserta.

Presiden Kesatuan telah merasmikan kursus hari ini dan memberi sedikit penerangan tentang perancangan Kesatuan utk 2009 yg lebih menjurus kepada pendidikan dan pembangunan pekerja.

Syabas kepada Sdr Mohammad & Sdr Roslan yang memberi tunjukajar yang terbaik.

Monday, January 19, 2009

Teknologi.from Handphone to Blog

Jika kita mengenal IT atau information technology, kita boleh manipulasi atau mengambil faedah daripadanya.

Daripada gambar yang saya ambil melalui "handphone" tadi kemudian
di transfer melalui "bluetooth" ke dalam "Laptop" saya yang
kemudian akan di "upload" ke "blog" kesatuan.




En Mohammad, sedang memberi penerangan.



Peserta-peserta kursus sedang kyushuk mendengar penerangan pengajar.
Tahniah kepada semua peserta hari ini, anda juga boleh membina blog masing-masing dengan hanya mengguna sedikit idea dan minat.
Kepada : Yus, Ridzuan, Ghana, Cik Man, Kusairi, Sareena, Cik Mail, Midah, Pushpa, Hamdan, Azhar, Azmi, Yusri, Badrol, Manbaie dan Jack..
SELAMAT MAJU JAYA






TAHNIAH !

KEPADA SEMUA PESERTA "KURSUS ASAS KOMPUTER 1 2009" KESATUAN DAN SAYA INGIN MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN KE KURSUS INI.

KURSUS 2 HARI INI WALAUPUN PENDEK TETAPI KESATUAN MERASAKAN AMAT SESUAI DAN PERLU DI ADAKAN DEMI MENJANA ILMU PENGETAHUAN AHLI-AHLI KESATUAN.

MANAFAAT LAH KURSUS INI DAN INSYALLAH KITA AKAN LEBIH MENGADAKAN KURSUS SEUMPAMA INI DI MASA HADAPAN.

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KEPADA EXCO KESATUAN SDR MOHAMMAD DAN BENDAHARI SDR ROSLAN KERANA SUDI MENJAYAKAN KURSUS INI DEMI KEPENTINGAN AHLI-AHLI.

INI ADALAH LAMAN WEB KESATUAN KEDUA SELEPAS..www.dapat.net/unionstmb..DAN DI MASA HADAPAN..JADIKAN 2 LAMAN WEB INI SEBAGAI LAMAN INFORMASI KESATUAN DAN AHLI-AHLI.

SELAMAT BERKURSUS..