Tuesday, February 24, 2009

New Approach TV3 Union Office

Salam Sahabat Union,

Sempena tahun baru 2009, kita semua akan membuat atau merancang azam baru dan walaupun sudah bulan Feb..akhirnya azam Union kini dapat di kotakan untuk membuat penampilan atau approach baru yg bersesuaian Ulangtahun KSKSTMB yg ke 20 dan membina atau menambah pendidikan kepada ahli2 nya.

Gambar di bawah adalah sebahagian daripada penampilan baru iaitu...LIBRARY utk ahli2 Union membuat rujukan dan kajian setiap kes dari IR court atau CA syarikat2 di dalam dan luar negara serta memahami apa itu Domestic Inquiries, koleksi buku Akta-akta dan Annual Report TV3 semenjak 1996 lagi hingga 2007.
Daripada masa kesemasa...koleksi buku ini akan di tambah....

Begitu juga dengan dengan suasana pejabat Union telah berubah..dan "mesra ahli" bersesuaian dengan keperluan untuk melayan "rintihan" dan kilanan ahli2. Sofa di sediakan utk keselesaan, tv dan radio utk maklumat terkini.
Keselesaan ahli-ahli adalah tanggungjawab union.

Di setiap pejabat, sentiasa ada lokasi utk fail-fail dan rekod2...di pejabat union juga kita menyediakan lokasi terbaik dan tertinggi utk keselamatan dan kekemasan fail2 berkenaan.
Lokasi yg terbaik..tinggi dan teratur...

Sejajar dengan keperluan IT semasa, union juga telah mengambil penerapan "free information" dan dengan kerjasama Chief Technology Officer kita telah menerima 4 buah PC untuk kegunaan ahli2 utk mempelajari asas komputer dan memahami konsep e-leave serta melayari laman peopleconnect.
Informasi dan ilmu adalah free dan selesa utk ahli union....

Namun yang paling utama adalah LARANGAN....NO SMOKING! di pejabat Union untuk memasikan ahli2 dapat menjaga kesihatan...budaya sihat dan persekitaran yang nyaman.
Sayangi lah nyawa anda....

Ruangan solat juga di sediakan..alhamdulilah dalam kita mengejar kemewahan dan keduniaan...akhirat jangan di lupakan.
Sejadah yang menarik dan surah Yassin di sediakan.....Untuk persediaan di waktu kecemasan...di pejabat union juga di sediakan peti "first aid" dalam mematuhi polisi OSH TV3 dan persedian di waktu kecemasan.
Di harap perubahan ini lebih mendorong ahli-ahli kesatuan untuk hadir ke pejabat union dan mempelajari selok belok kesatuan.
Salam.

Monday, February 23, 2009

Workers Grievances-MTUC

Salam Sahabat,

Yesterday Ahad 22hb Feb 2009, saya bersama 2 exco Mohamad & Rahman menghadiri Mesyuarat Majlis Am MTUC kali ke 4 bertempat di Wisma Mtuc. Agak lama saya tidak menghadiri mesyuarat MTUC kerana banyakmenyelesaikan masalah di TV3.

Antara isu yg di ketengahkan dan di suarakan adalah :
1. Masalah kegawatan ekonomi - kekalutan syarikat dalam menangani masalah ini di perbincangkan dan ia lebih menekan pekerja walaupun impak balasannya adalah kecil dan masih gagal merangsang kewangan syarikat.

2. Presiden & SUK di buang kerja - syarikat perbuangan sampah di sarawak (spt alam flora) telah membuang presiden & setiausaha kesatuannya kerana melakukan protes di jalanan...sepatutnya ia masalah polis (jika tiada permit) bukan masalah syarikat, kerana ia bukan di premis syarikat....mungkin piket/protes ini di lakukan berhampiran tong sampah..so kira di tempat kerja la kot?

3. Pekerja Kapal Merempat - majlis am juga di maklumkan terdapat 2 kapal di tinggalkan (abandon) di perairan Tawau, Sabah dan krew2 nya tidak di beri sebarang bekalan samaada duit atau makanan..cuma mengharapkan belas ehsan penduduk Tawau sahaja.

4. Kedaifan MTUC Sabah - di maklumkan bangunan mtuc cawangan sabah sgt daif dengan tiada elektrik, air, air cond dan syiling serta tiles yg pecah2...mohon mtuc memberi sumbangan utk pembaikan.

5. SOCSO menekan pekerja - peraturan2 baru dari socso amat menekan pekerja, banyak tuntutan di tolak dan perlu di bawah ke mahkamah rayuan manakala doktor panelnya pula banyak alasan sedangkan socso adalah seumpama syrk insuran yg mengaut keuntungan drp pencarumnya...tetapi bila nak tuntut balik..banyak masalak lak.

Itu antara masalahnya...sambungan esok.

Friday, February 20, 2009

CA Article 23 & Article 24

Salam Sahabat Kesatuan,

Apakah Artikel 23 dan Artikel 24 dalam Perjanjian Bersama (Collective Agreement) kita?

Artikel 23, adalah Kenaikkan Gaji Tahunan...dan Artikel 24 adalah Penyelarasan Gaji.

Pada 18hb Feb (2 hari lalu) saya telah terima surat daripada En Rahman Ahmad, Group Managing Director MPB & Executive Director TV3 dalam isu 2 artikel ini dan feedbacknya kurang memberangsangkan.

Dalam CA 2005-2008...adjustment gaji adalah 7% dan untuk CA 2008-2011 syarikat telah membuat pertambahan 1% kepada 8%...adakah ia memandai?? Majlis Jawatankuasa Kerja & Jawatankuasa Perundingan akan bermesyuarat kelak.

Dalam CA 2005-2008..yearly increment adalah 6% dengan tambahan 1% utk appraisal PMS 4 dan tambahan 2% utk appraisal PMS 5......berapakan Lembaga Pengarah TV3 & Media Prima beri kepada ahli2 Kesatuan utk CA 2008-2011.............................KEKAL!!!

Satu tamparan kepada tuntutan Kesatuan sebanyak 10% each article...alasan yang di beri adalah kegawatan ekonomi dunia..adakah alasan ini boleh di terima pakai. Sama-sama kita fikirkan...hmmm apakah langkah seterusnya?

Kesatuan akan membuat kunjungan hormat yg mengejut kepada pejabat En Rahman atau beliau sendiri yg setup mesyuarat khas....sebelum kita bentangkan tikar mengkuang dan duduk bersila utk berbincang.

atau.......kita berkumpul di depan Sri Pentas...beramai-ramai utk.....PIKET !!!!

Jupe lagi

Tuesday, February 17, 2009

CEOs & Execs should take pay cut !!

Salam Sahabat,

Dalam menghadapi kegawatan ekonomi..banyak syarikat mengambil tindakan drastik dengan mengurangkan kos operasi seperti retrenchment, kurangkan waktu kerja atau VSS.

Menurut Presiden MTUC, Syed Shahir..top management sepatutnya mengambil inisitif atau menunjukkan contoh dengan mengurangkan gaji mereka demi syarikat daripada mengurangkan gaji pekerja bawahan dan mengurangkan pekerja.

Kita sepatutnya mengikut langkah seperti singapore yang bersetuju agar semua menteri termasuk PM mengurangkan gaji mereka dahulu utk membantu negara.

Terkini maklumat dari MTUC seramai 13,000 pekerja telah di tamatkan perkhidmatan mereka. Dan kini MTUC sedang membuat pemantauan.

Kenyataan dari Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Subramaniam..pekerja2 sepatutnya membuat sacrifies dengan menerima pemotongan gaji, pengurangan waktu kerja atau hari berkerja dalam menambah produktiviti.

Sepatutnya sacrifies in datangnya daripada semua pihak...atas sampai bawah, kenapa hanya pekerja bawahan sahaja di tekan...impaknya akan kecil kerana gaji mereka rendah...

Ini semua salah satu kebodohan orang yang cerdik...hmmmmm

Jupe lagi

Monday, February 16, 2009

Performance Appraisal

Salam,

Setelah 2 hari sessi appraisal utk 2nd round di adakan pada 13 & 16hb untuk 10 pemandu MS, beberapa perubahan telah di lakukan...alhamdulilah pengurusan MS sedia membuat perubahan.

Kenapa perlu ada 2nd round appraisal dan pembabitan Presiden Union jika penilaian di buat dengan telus?
Jika setiap pengurusan unit dan jabatan telah memahami cara2 PMS di jalankan, mengukur tahap sebenar prestasi pekerja dan target KPI tahunan semua pekerja, ia akan menjadi lebih mudah....dan tidak akan ada "grievance" dan pembabitan union.

Dalam 10 kes pemandu ini.......
2 pemandu telah menarik balik grievance.
3 pemandu telah berjaya di naikkan ke rating 4.
5 pemandu gagal dalam penilaian semula.

Apakah peranan Union seterusnya?
Kita telah memberi dateline kepada HR untuk semua penyelesaian kes appraisal PMS ini pada Selasa 17hb (esok) dan jika masih wujud pertikaian @ kilanan @ grievance..kes akan di failkan kepada union yg akan mengfailkan ke HR yg kemudian akan mengadakan sessi mediator utk penyelesaian.

Mediator..apa tu?
Ia adalah mesyuarat perundingan untuk penilaian kembali dengan Union bertindak sebagai peguam yg akan menyoal pengurusan kenapa penilaian ini menjadi isu dan mempertahankan aduan ahli2. HR akan bertindak sebagai moderator yang akan menilai kes samaada menyebelahi pengurusan unit atau union/pekerja.

Isu pemaslahan appraisal PMS ini hanya wujud bilamana isu bonus produktiviti (KPI) menjadi satu daya tarikan. Ia tidak lagi menjadi isu penilaian prestasi tetapi...berapa banyak syarikat perlu bayar bonus dan ada orang2 tertentu yg telah menambat hati bos utk dapatkan rating tertinggi iaitu 5.

Tetapi dengan adanya Union...pengurusan yang ingin mengambil kesempatan ini telah lebih berhati-hati dan menjaga bontot mereka..kerana union akan memastikan nama dan jawatan mereka tergugat jika penipuan berlaku.....

Untuk rekod...tiada pengurus yang telah di seret ke mediator ini akan sanggup kembali ke mediator utk kali kedua..so bermakna tekanannya amat tertinggi.
Terima Kasih,.

Friday, February 13, 2009

PMS sawan arrive today!

Salam sahabat Kesatuan,

Hari ini 13hb Feb 09, appraisal PMS utk 14 ahli Union yg tak sain pada penilaian pekerja dgn superior masing2 akan di jalankan.

14 berkenaan adalah, 10 pemandu, 1 kameraman, 1 propsman, 1 PA dan 1 technician.

Alhamdulilah sebanyak 6 appraisal di buat hari ini.........1 kes MELETUP!! sampai tumbuk meja dan tertumbuk rusuk kawan yg cuba menenangkan keadaan...5 kes berjalan dengan lancar dan 2 berjaya di naikkan ke rating 4...alhamdulilah !!!

Lagi 8 appraisal akan di sambung pada Isnin 16hb Feb...

Apa yang saya dapat gambarkan di sini antara kelemahan dan kelebihan semasa appraisal di jalankan...
1-Masih ada pengurusan yg tidak memahami prosedur atau tujuan di adakan appraisal.
2-Pengurusan Unit terlalu bongkak dan tak nak menerima kelemahan dan kesilapan diri.
3-Ada pengurusan pandai main ayat, walaupun taknak ubah rating tetapi tidak menyakitkan hati pekerja bawahan.
4-Terdapat pekerja yg gagal memanafaatkan peluang utk memperbetulkan keadaan.
5- Ada pekerja suka melalut kononnya dia bagus tetapi gagal meraih kepercayaan pengurusan.

Apa yang saya dapat kenalpasti adalah......Union terpaksa berkerja lebih untuk mendidik kematangan ahli2 dan cara berkomunikasi yg terbaik.

Salam

Wednesday, February 11, 2009

Kaedah mengekalkan kestabilan ekonomi

Salam ahli kesatuan,

Maaf lama tidak ber"blog" kerana presiden perlu bertugas sebagai jurukamera TV3.

Saya suka membicarakan isu ekonomi atau masalah kewangan sekarang, kerna ia adalah isu global tetapi mempunyai kesan kepada union kita. Kerana kejayaan CA 2008-2011 adalah pada kedudukan ekonomi dunia, malaysia dan TV3 khasnya.

Saya mengambil kenyataan Tun Mahathir, "perkara asas sekarang adalah utk meningkatkan pendapatan untuk memastikan ekonomi di rangsang melalui kitaran barangan tempatan".

Apa yang boleh kita faham adalah, gaji tetap perlu di naikkan kerana melalui duit gaji ini kemudian akan di belanjakan kepada barangan tempatan yg akan melancarkan ekonomi negara.

Kenapa ada sesetengah syarikat, mengurangkan pekerja, tidak memberi kenaikkan gaji atau memberi tekanan kepada pekerja2...padahal kita sebagai pekerja juga adalah pengguna dan kita akan merancakkan ekonomi negara bukan syarikat berkenaan secara tidak langsung.

Datuk Seri Muhyidin Yassin pernah berkata, "pengurangan pekerja adalah tidak perlu tetapi pekerja ini perlu di beri penekanan pada pertambahan skil (multiskil) supaya boleh di letak dalam unit yg memerlukan'.

Namun menurut pengerusi "retrenchment board"....kini sudah 32,000 pekerja kilang telah di tamatkan perkhidmatan..sedangkan kenyataan kementerian sumber manusia..hanya 10,000 sahaja, mana yang betul? Itu bukan persoalan...yang menjadi persoalan kenapa..pekerja ini di tamatkan perkhidmatannya?

Salam.

Wednesday, February 4, 2009

Upgrading 2009

Salam Sahabat Kesatuan...

Kesatuan mengenalpastikan ramai ahli2 kesatuan di anaktirikan dan tidak menerima kenaiikan gred lebih daripada 5 tahun....

Dan ada kebanyakan kes sehingga 13 tahun tak naik gred..bayangkan perasaan mereka.

Namun kesatuan amat dukacita kerana ramai ahli2 kesatuan mendiamkan diri dan mengagalkan usaha kesatuan untuk menaikkan taraf kehidupan mereka.

Di kala ini perundingan CA sedang dijalankan dan salah satu usaha kesatuan adalah menaikkan gred ahli2 yg tertindas......

oleh itu...sila dapatkan BORANG KAJISELIDIK daripada exco-exco kesatuan dengan kadar segera kerana kesatuan akan membuat tuntutan ini pada 12hb Februari kelak.

Tuesday, February 3, 2009

Gawat..Economic Downturn?

Salam sahabat ahli kesatuan,

Adakah anda dan kita memahami..apa sebenarnya kegawatan ekonomi yg orang atau kerajaan perkatakan seluruh dunia sekarang ini? Di sini saya akan perjelaskan secara detail....

Apakah makna kegawatan ekonomi ?
Recession atau gawat ini wujud bilamana banyak syarikat bank dan gergasi Amerika mengalami kemerosotan kewangan..akan gulung tikar dan membuang pekerja masing2.

Kenapa syarikat bank atau gergasi ini bermasalah?
Ia bermula dengan NPL (non performance loan atau non profitable loan) yang di beri oleh bank-bank dan di pohon oleh syarikat2 utk memajukan perniagaan mereka tidak di bayar. Bila tidak bayar..macamana bank nak dapat balik loan tadi bersama interestnya..(rugi..la) dan juga syarikat yg meminjam ini walaupun tak bayar loan dan di istiharkan bankrup..undang2 Amerika tidak memerlukan mereka membayar balik. (ye lah..dah bankrup camno nak bayar) dengan kata lain duit yg di loankan itu "ghaib lah"

Tapi ape kena-mengena dengan kita?
Seperti yg kita ketahui banyak syarikat gergasi dari Amerika menjajahi eropah dan asia..oleh itu semua bank dan syarikat besar ini seperti Nike, Acer atau syarikat pelaburan mengalami masalah, oleh itu secara tak langsung segala pelaburan oversea mereka turut juga terbabas, masalah akan juga menjejaskan Malaysia kerana walaupun Mahathir memperkenalkan "dasar pandang ke timur" dulu tetapi masih banyak syarikat besar ber "Raja" kan syarikat Amerika...

OOO k tapi ape kena mengena dengan kita....TV3?
Semua syarikat yg mempunyai kaitan dengan Amerika akan terjejas terutama sektor pergilangan dan produk..umpamanya jika syarikat buat peti sejuk dengan banyak tetapi tiada pembeli macamana nak untung..kenapa org tak beli?..sebab dah kena buang kerja..mana ada duit.

Bagi TV3 kita tidak terjejas banyak kerana kita sektor perkhidmatan..yg memberi servis iklan kepada pelanggangnya...so jika kilang peti sejuk tak laku..dia kena keluarkan iklan suruh org beli...cuma mungkin budget dah kecik sebab sale tak banyak so kecillah iklannya...dan ini effect pada income iklan TV3...faham ?

Tima kasih..abis tu camno pas ni?
Memandangkan pemasalahan berlaku di Amerika..dan juga komplot G.W Bush saja nak peningkan Barak Hussien Obama oleh itu penawarnya mesti datang dari Amerika juga..insyallah dengan dana yg di istiharkan oleh beliau semalam beribu-ribu BILLION akan di guna utk "bail out" syarikat yg bermasalah ini. Pakar ekonomi mengatakan 6 bulan pertama 2009 Malaysia akan menerima kesan kemurungan ekonomi ini dan selepas itu ia akan pulih.