Tuesday, March 3, 2009

Busy Day for Union...!

Salam Sahabat,

Union dalam minggu ini amat sibuk sekali..kerana terdapat 9 kes appraisal PMS yang perlu di selesaikan.

Pada 26hb lalu, 4 pilot telah ber "mediation" antara pengurusan jabatan, Sumber Manusia dan Union. Mewakili MS adalah Senior Manager Puan Nyarose, Eksekutif En Aidit dan Senior Clerk Sdr Azmi....mewakili HR adalah Pengurus HR Puan Sylvia dan mewakili Union adalah Presiden Khairuzzaman, Naib Presiden Jasmi dan 2 Exco iaitu Razak & Mohd.

Permulaan mediation telah di jalankan agak lama iaitu kira-kira 3 jam dengan pengadunya Sdr Aziz..dan suasana agak panas dengan ugutan dan suara yg tinggi...selepas itu mediation berhenti rehat untuk makan tengahari...

Sessi petang di jlnkan untuk pangadu Sdr Suhaimi, Sdr Wan Kamarul dan Sdr Hamdan..dan sessi berakhir pada jam 1830 ptg.

Dalam 4 kes yg di bentangkan..malangnya hanya 1 kes sahaja yg berjaya..iaitu Sdr Suhaimi Sukir yg akan melangsungkan majlis perkahwinan pada 13hb ini telah berjaya mendapat rating 4...ini kerana dari pengalaman kerja selama 22 tahun di TV3..tiada apa2 kecacatan dan masalah yg boleh mengatakan beliau tidak layak di beri rating 4.

Pada jumaat 6hb ini akan di bentangkan satu kes lagi untuk pengadu Sdr Mazlan Jamaluddin..dan di harap kejayaan akan di capai....manakala terdapat lagi 4 kes yang akan di tetapkan tarikh mediationnya.

Dalam posts seterusnya kita akan berbicara tentang "rumors" atau khabar angin yg sedang bertiup di TV3 iaitu perubahan Pengurusan Tertinggi dan pembayaran bonus KPI...tunggu esok.

No comments: