Tuesday, February 17, 2009

CEOs & Execs should take pay cut !!

Salam Sahabat,

Dalam menghadapi kegawatan ekonomi..banyak syarikat mengambil tindakan drastik dengan mengurangkan kos operasi seperti retrenchment, kurangkan waktu kerja atau VSS.

Menurut Presiden MTUC, Syed Shahir..top management sepatutnya mengambil inisitif atau menunjukkan contoh dengan mengurangkan gaji mereka demi syarikat daripada mengurangkan gaji pekerja bawahan dan mengurangkan pekerja.

Kita sepatutnya mengikut langkah seperti singapore yang bersetuju agar semua menteri termasuk PM mengurangkan gaji mereka dahulu utk membantu negara.

Terkini maklumat dari MTUC seramai 13,000 pekerja telah di tamatkan perkhidmatan mereka. Dan kini MTUC sedang membuat pemantauan.

Kenyataan dari Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Subramaniam..pekerja2 sepatutnya membuat sacrifies dengan menerima pemotongan gaji, pengurangan waktu kerja atau hari berkerja dalam menambah produktiviti.

Sepatutnya sacrifies in datangnya daripada semua pihak...atas sampai bawah, kenapa hanya pekerja bawahan sahaja di tekan...impaknya akan kecil kerana gaji mereka rendah...

Ini semua salah satu kebodohan orang yang cerdik...hmmmmm

Jupe lagi

No comments: