Monday, March 30, 2009

TV3 Union as a Model in ASEAN region..

Salam sahabat ahli Kesatuan,

Seperti setiap awal tahun..Kesatuan akan sibuk dengan pemasalahan PMS dan di dalam kesibukan mediation berkenaan, semua MJK sempat juga menyertai UNI-MEI, Malaysia-Indonesia Organizing Workshop.

Bengkel ini adalah atas idea Bro. Jim Wilson, Director of Uni Mei yg berpejabat di Brussel, Belgium...yang pernah menyuarakan ideanya kepada saya pada bulan Mac 2008 semasa Seminar Uni Mei APRO di Manila, Filipina.

Antara sebab beliau mencadangkan workshop ini adalah agar Union di Indonesia dapat mempelajari sesuatu daripada TV3 Union dan atas sebab pemasalahan bahasa..kerana semasa di Filipina, delegasi Indonesia gagal berinteraksi dgn delegasi lain dan workshop ini akan menggunakan bahasan Malaysia/indonesia.

Workshop ini di adakan pada 24-26hb Mac 2009 bertempat di Hotel Istana....dengan kehadiran :
Pegawai kesatuan daripada 7 stesen TV di Jakarta, Indonesia
Wakil daripada PPFM seramai 3 orang
MJK dari Kesatuan TV3 seramai 5 orang.
Presiden UNI-MLC, Hj Shafiee
Setiausaha UNI-APRO-Telecom, Pak Kun
Bro. Jim Wilson, Director UNI MEI

Perbincangan adalah bersifat 2 hala iaitu antara malaysia dan indonesia, namun kebanyakan isu di bangkitkan oleh Indonesia kerana mereka masih menghadapi masalah dalam mengorganasir Kesatuan.

Kesatuan TV3 memainkan peranan utama kerna kita satu-satunya union broadcasting di Malaysia dan kita di anggap sebagai "big brother" kepada delegasi Indonesia. Sehinggakan kami di perlawa ke Indonesia untuk melawat stesen TV mereka.

Pada 25hb juga, semua peserta ini telah membuat lawatan ke Sri Pentas dan di beri sessi penerangan lengkap peranan Media Prima dan hubungan antara Pengurusan dan Kesatuan oleh Puan Nor Arzlin Redzwan, Pengurus Besar Sumber Manusia TV3...dan ternyata ia amat mengejutkan Bro Jim dan delegasi Indonesia kerana menurut mereka..di mana2 negara hubungan antara majikan dan kesatuan adalah amat bermasalah manakala di TV3 sebaliknya.
Tahniah kepada Pengurusan Sumber Manusia TV3 dan Kesatuan Sekerja TV3 kerana insyallah kita akan menerima anugerah tahun ini sebagai Kesatuan/Pengurusan terbaik 2009 dari UNI-APRO.
Syabas.

1 comment:

shuq5897 said...

tahniah.. harap agar kesinambungan ini akan berterusan utk Union yg baru lagi satu.. :)