A broadcasting workers union consists of 264 members, with eligable members must be employees of Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) and based in Sri Pentas, Bandar Utama or respectives location. Established in Mac 1989 under Trade Union Act (reg. no 626)
Wednesday, August 25, 2010
Jan - August 2010
Insyaallah Union akan mengemaskini blog ini apabila semua sumber telah sediaada..
Terima Kasih.
Presiden
Saturday, January 30, 2010
2010...New Year for new Union resolution
2010 kini hampir melewati sebulan berlalu dan pada 27hb JAN 2010 lalu, Union telah mengadakan perjumpaan tahunan 2010 nya.
Amat membanggakan sekali seramai 64 orang dari 259 ahli union hadir walaupun kebanyakkan terlibat dgn tugasan harian. Bagi stesen tv seperti TV3, penganjuran perjumpaan amat berisiko kerana jika semua ahli2 union hadir maka tutup lah operasi TV3 atau dgn kata lain banyak program2 akan terjejas.
Walaupun 2009 telah berlalu..namun banyak kenangan dan kejayaan yg perlu dikenang oleh ahli-ahli Union kerana setiap perjuangan pegawai2 union amat bernilai dan pengalaman yg amat berharga.
Namun seperti tahun2 sebelumnya...setiap awal tahun pemasalahan PMS..appraisal akan sentiasa mengundang dan semua pegawai2 union terpaksa bertungkus lumus untuk membela nasib ahli2.
Pemasalahan ini wujud kerana adanya nilai wang $$$$$$$ di sebaliknya. Jika sebelum 2006 dulu appraisal tidak pernah diambil kira dan tak pernah dipedulikan...namun selepas wujudnya ganjaran wang selepas itu masalah setiap wujud.
Namun ia wujud bukan atas ketamakan manusia atau penyelia...tetapi sebenarnya adalah kerana sifat dengki...dengki "orang dapat lebih"...
Kita akan berhubung kembali dalam seminggu dua bila ade kes pertama PMS appraisal 2010 kelak.
Monday, November 9, 2009
AKHIR TAHUN 2009....!
Friday, October 2, 2009
UPGRADING & PROMOTION
Alhamdulilah satu lagi perjuangan Union berjaya.
Setiap tahun semenjak 2003, Union akan membuat kajiselidik gred utk ahli2 yg tidak mendapat kenaikkan gred selama minima 5 tahun.
Tahun 2009,pada September lalu daripada 25 senarai nama ahli2 yg dikemukakan kepada pihak HR dan rayuan kepada En Rahman GMD..alhamdulilah 11 orang telah berjaya mendapat upgrading effective 1 Sept.
Walaupun tidak mencapai separuh yg berjaya namun bagi Union..jika ada rakan2 ahli2 yg dapat kenaikkan sudah memandai kerana bermakna bakinya tinggal 14 orang lagi...jadi perjuangan makin mudah...
Kepada rakan2 ahli2 yang mempunyai nasib...TIDAK MENDAPAT KENAIKKAN GRED SEMENJAK 5 TAHUN LALU...SILA BERHUBUNG DGN UNION SEGERA!!!!
Tuesday, September 1, 2009
LATEST INFO..!!
Untuk makluman ahli2 semua...berikut adalah informasi terkini kesatuan :
GAJI AWAL PERAYAAN
Insyallah gaji akan dibayar pada 18hb Sept 09
BONUS TAHUNAN
Akan dibayarkan sebulan pada bulan Nov & Dec 2009
DAGING SUBSIDI
Pembahagian akan dibuat pada 17 @ 18 Sept 09. Pembayaran melalui potongan gaji.
UPGRADING & PROMOTION
Surat perlantikan akan diedarkan..perlantikan berkuatkuasa pada 1hbSept 09. Hanya kepada yg layak sahaja.
CUTI WAJIB
Pengurusan akan melaksanakan cuti ini pada 23hb Sept (hari raya ke 4) utk memastikan staff clerical dpt cuti lebih.
MAJLIS BERBUKA PUASA KESATUAN
Akan diadakan pada Rabu 09.09.09 di depan Pejabat Kesatuan. Mohon ahli2 semua hadir
Wednesday, August 12, 2009
MAAF..lama tidak bersiaran di dalam blog ini kerana Union agak sibuk dgn beberapa isu iaitu :
16 Jun - GLC conference di Istana Hotel
17 Jun - Mesyuarat dgn GMHR TV3
24 Jun - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ke 5 Union
5-15 Julai - Presiden membuat liputan Pilihanraya Kecil Manik Urai
30 Julai - Majlis Doa Selamat Kesyukuran Union di Surau Sri Pentas
Di dalam bulan Ogos ini, beberapa aktiviti kesatuan adalah :
19 Ogos - Farewell Union dan GMD Rahman Ahmad
20 Ogos - CA quality check utk percetakan
Insyalllah 22 Ogos nanti kita akan menyambut Ramadhan al mubarak dan seperti tahun sebelumnya insyallah Union akan membuat majlis :
MAJLIS BERBUKA PUASA KESATUAN 2009
9 September 2009
Central Block Sri Pentas (depan Pejabat Kesatuan)
Tuesday, June 16, 2009
APA YANG KITA AKAN DAPAT PADA...26 JUN

Untuk hebahan....kita akan dapat :
1. Backdated Overtime Claim adjustment bagi bulan Okt 08-April 09 (7 bulan)
2. Backdated Overtime Claim Increment dari bulan Jan-April 09
Apa maknanya ni?
a) Jika dulu gaji kita RM1,500 dan nilai OT kita sejam adalah RM10.80...bila dapat adjustment 8% maka gaji akan naik menjadi RM1,620 dan nilai OT pun akan naik menjadi RM11.60 bermakna pertambahan nilai sebanyak RM0.80......oleh itu setiap jam OT kita akan di kira dengan pertambahan ini.
Sama juga pengiraanya...utk pertambahan gaji selepas increment!
Cth..OT dulu 50 jam normal...kita dapat RM540..............maka kini
OT kini 50 jam normal..kita akan dapat RM580...pertambahan RM50....
3. Arrears utk Bonus Kontraktual 2 bulan (yg di bayar Okt 08)
Gaji semasa di bayar bonus adalah gaji lama...oleh itu selepas adjustment 8% jika cthnya pertambahan RM150 maka kita akan mendapat RM300 utk 2 bulan bonus.
4. Arrears utk Bonus KPI samaasa 1.75, 2.0 atau 2.5 (yg di bayar Apr 09)
Gaji semasa di bayar bonus KPI adalah belum di tambah dgn increment 8/9/10% oleh itu jika arrearsnya adalah RM150..jika dapat appraisal 3 (1.75) dapatla RM225, jika 4 (2.0) dapatla RM300....
5. Arrears pertambahan Elaun Driver VIP
Elaun telah di tambah sebanyak RM100 sebulan daripada RM200...oleh itu semua pemandu VIP akan dapat RM800..iaitu bermula Okt 08 hingga Mei 09 (8 bulan)
NASIHAT KESATUAN...BERJIMAT CERMATLAH DARIPADA REZEKI YG KITA DAPAT INI...DAN BERI KOMITMEN ANDA KEPADA KESATUAN KITA...INSYALLAH
Sunday, June 14, 2009
New Media Prima appointed...
Pada 10 Jun lalu, Pengurusan Media Prima telah membuat 2 perlantikan untuk mengisi 2 kekosongan terkini iaitu...
1. En Rahman Ahmad, Group Managing Director MPB.....akan berpisah pada 1 Ogos 09
2. Datuk Kamarulzaman Zainal, Director NCA TV3/MPB...telah berpisah 1 Julai 09
Oleh dengan itu perlantian Pertama adalah....

Datuk Ahmab Talib, Pengarah Operasi Berita & Editorial Media Prima......berkuatkuasa serta merta di tugaskan memerhati dan mengawasi semua operasi berita Media Prima & NSTP group.
Beliau juga di lantik ke Board of Director Media Prima & BOD NSTP.
Beliau sebelum ini adalah :
1. Wartawan Ekonomi Bernama, 1972
2. Wartawan Business News, 1978
3. Pengarang Ekonomi Berita Harian, 1985
4. Penolong Pengarang Berita New Straits Times & Sunday Times
5. Pengarang Berita NST
6. Pengarang Kumpulan NST, 1998
7. Pengurus Besar Kumpulan, Komunikasi & Pemasaran Editorial NSTP, 2004
......................ambil VSS 2005
Desas-desus mengatakan beliau akan menerapkan konsep 1Malaysia PM ke dalam semua bahan berita MPB.
Perlantikan ke dua adalah......
En. Shaharudin Abd Latif, Pengarang Urusan Kumpulan Berita & Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen & Radio Media Prima. Beliau akan mengawal dan menyelia semua bahan berita MPB samaada TV atau Radio dan melaporkan diri kepada Datuk Ahmad Talib.En. Shah sebelum ini adalah :
1. Wartawan Berita Harian, 1982
2. Wartawan Bah. Berita & Ehwal Semasa TV3, 1993
3. 2009, Pengurus Besar, Berita & Ehwal Semasa TV3
Beliau di kenali di NCA TV3 sebagai Mr Clean & Mr Cool kerana relex, steady dan tidak pernah terlibat dalam sebarang skandal atau pertelingkahan dgn staff.
Kesatuan memohon kepada kedua-dua mereka ini dapat menjaga kebajikan semua staff MPB atau TV3 dan menjaga kebajikan ahli-ahli Union TV3 secara keseluruhan.
TAHNIAH !!!!
Saturday, June 6, 2009
Alhamdulilah...backdated pertama dah di bayar!!
Maaf..lama tak mengutarakan isu-isu terbaru kerana :
1. Union sibuk dalam menyiap kan majlis Memeterai Perjanjian Bersama 2008-2011 yg telah di menterai pada 28hb Mei lalu...insyallah gambar akan muncul di sini nanti
2. Seperti semua sedia maklum...kita menghadapi kesilapan pembayaran oleh Payroll pada gaji 26 Mei lalu dan pembayaran baru telah di buat pada 3 Jun lalu.
3. Saya kemalangan motorsikal pada 28 Mei lalu dan hanya mula berkerja pada 5 Jun.
Dalam isu terbaru blog nanti...saya akan maklumkan apa pula yg kita akan dapat pada 26 Jun nanti....tungguuuu
Monday, May 11, 2009
APA KITA DAPAT PADA 26 MEI 09 INI????

Kita (ahli2 union) akan dapat :
1) Salary adjustment : 8% bermula Okt 08.
2) Salary increment : 8 @ 9 @ 10% berdasarkan rating PMS 2008.
3) Salary adjustment arrears backdated bermula Okt, Nov & Dec 09
4) Salary increment arrears backdated bermula Jan, Feb, Mac & April 09.
Macamana pengiraanya?
1) Adjustment - Jika gaji anda adalah RM 1500 maka...1500 X 8% =RM120 + 1500...maka gaji akhir 31 Dec 08 anda adalah RM 1,650.
2) Increment - Gaji baru RM 1,650 X 8% (jika PMS 3 9% @ 10%) ialah RM 129 + 1,650 maka gaji anda bermula 1 Jan 09 ialah RM 1,779.
Macamana lak backdated gaji?
3) Backdated adjustment - So jika nilai 8% tadi RM 120 X dgn 3 bulan (Okt, Nov & Dec) jadi kita dapatlah sebanyak RM360.
4) Backdated increment - so jika tadi kita dapat RM129 X 4 bulan (Jan, Feb, Mac & Apr 09) jadi anda dapatlah sebanyak RM516
Jadi sahabat...selain dapat pertambahan gaji sebanyak RM279 ..kita juga akan mendapat backdated sebanyak RM876 (360+516).
Ini semua adalah pembayaran bagi 26 Mei...utk tidak memeningkan kepala...saya akan membentangkan cara2 pengiraan "apa yg kita dapat pada 26 Jun" lain kali lak.
Salam mengira...salam ramah dari Presiden..
Tuesday, May 5, 2009
Salam Perkenalan

Perkenalan ini diuruskan oleh En Rahman Ahmad, GMD MPB dan ia akan mengejutkan saya kerana ia adalah pertama kali penghormatan sebegini di beri kepada Presiden Union yang di anggap oleh sesetengah pengurusan sebagai "anti pengurusan".
Namun bila saya memegang jawatan Presiden pada Okt 2004, saya cuba menerapkan info bahawa kita Union sebenarnya adalah pembantu pihak pengurusan dan kita tidak bertindak untuk menentang segala perancangan syarikat kerana akhirnya masa depan kita terletak kepada kejayaan syarikat.
Tunggu...esok Keputusan terkini CA
Thursday, April 30, 2009
New Media Prima Executive Chairman
Pada 30hb April lalu, Datuk Abd Mutalib telah bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Media Prima Bhd dan pada hari yang sama Datuk Johan Jaafar telah di lantik sebagai Pengerusi Eksekutif Media Prima.
Datuk Johan Jaafar adalah :
1. Bekas Group Chief Editor & Executive Director Utusan Melayu (M) Bhd
2. Board of Director, BERNAMA
3. Board of Director, Malaysian Business Council.
4. Board of Director, Multimedia Development Council.
5. Chairman Dewan Bahasa & Pustaka.
6. Chairman National Arts Council of Malaysia
7. Chairman Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI)
8. Chairman National Economic Action Council (NEAC)
9. Executive Director Alpha Platform
10. Chairman Sekolah Sri Nobel
11. Board of Director Sindora Bhd
Salam.
Saturday, April 25, 2009
Ahli Union Berkampung di Lumut
Semestinya komitmen ahli2 Union ini amat tinggi dalam menjayakan karnival TV3 kerana mereka ini terdiri daripada pelbagai unit yg penting dan utama seperti Driver, PA, Cameraman, Lightingman, Audioman, Technician dan pembantu2 di Booth program TV3.
Semua ahli Union sanggup berpanas dan berhujan demi komitmen dan semangat utk menjayakan setiap program anjuran syarikat tersayang TV3.
Malam ni akan diadakan Konsert TV9 sempena Ulangtahun ke 3 adik bongsu kami.
Berjumpa esok
Monday, April 20, 2009
Adjustment 8% & Increment 7%..8%..or 9%
Seperti sedia maklum..14hb April lepas Union telah mengadakan mesyuarat CA yang ke 4 dgn En Rahman dan Datuk Amrin.
Di dalam mesyuarat berkenaan Union telah bersetuju kepada :
oleh dengan itu kita akan mendapat backdated sebanyak 3 bulan iaitu bermula Okt, Nov & Dec 08 bersama-sama dengan backdated Overtime.
Dan pengiraanya adalah :
Untuk Yearly increment sehingga 2011, Kesatuan telah mencadangkan sebanyak 10%..tetapi angka ini telah di anggap besar oleh pengurusan TV3...oleh itu Union telah mencadangkan agar :
Kenaikkan gaji tahunan sebanyak 10% atau kenaikkan melebihi CA lama
Oleh itu Union di fahamkan oleh HR bahawa proposal kali ke 3 akan di bentangkan kepada Board of Director TV3/MPB pada 28hb April ini dalam AGM 2009 utk cadangan akhir dan juga Union di fahamkan insyallah dalam gaji 26hb Mei 2009 nanti kita akan mendapat semua backdated & increment & adjustment sekali gus....insyallah.
Salam.
Wednesday, April 15, 2009
CA 2008-2011, 4th MEETING
Oleh itu, Kesatuan memohon ahli2 bersabar dan menunggu keputusan Board of Director pada AGM MPB 28hb nanti...insyallah jika pihak pengurusan peka kepada kebajikan kita akan mendapat satu peningkatan percentage dari CA lama.Barisan MJK TV3 Union yg hadir..dari depan Presiden Khairuzzaman, Naib Presiden Jasme, Setiausaha Kehormat Sritharan, Bendahari Roslan dan exco Rahman, Ismail, Hamidah, Mohamad dan Razak....manakala Penolong SUK, Puan Abida bercuti di India.
Kesemua MJK menjalankan tugas dengan baik dan cermelang dengan beberapa persoalan yg boleh di jawab dan tidak terjawab oleh En Rahman.
Sabar menunggu
Friday, April 10, 2009
APRIL FOOL
April tidak semestinya "fool" dan ia mungkin juga akan sentiasa fool???...hmmm.
Dalam bulan fool ini Union sedang menunggu jawapan 5 kes PMS yg telah di ajukan kepada perngurusan tertinggi TV3/MPB melalui En. Rahman Ahmad dan penantian suatu penyeksaan.
Juga pada 15hb April 2009, jam 3pm Union akan mengadakan perundingan kali ke 4..Perjanjian Bersama 2008-2011 (CA) bertempat di Level 5 Sri Pentas dengan kehadiran GMD En Rahman, CEO TV3 Datuk Amrin...semestinya saya sudah menjangkakan apa yg akan di brief kan..di ucap dan di bentangkan dan Union akan bersedia dgn plan A, B, C, D, E.....Z dan jika gagal juga maka ahli2 bersedia untuk membakar trak polis seperti di Kelantan (hahaha joking)
Union memandang serius isu "yearly increment" ini dan tidak sanggup lagi menunggu sehingga 2011 utk membincangkan nya kembali.
Kita telah menyuarakan proposal sama pada 2005 dan gagal...namun menang apabila mendapat tambahan kenaikkan melalui penilaian prestasi (PMS) 1% & 2% walaupun tak semua yg dapat..tapi ada juga ahli Union yg untung.
Jika kita gagal kali ini..adakah kita perlu menyuarakannya kembali pada 2011????
Saya rasa saya tidak sanggup menunggu sehingga 2011 dan perjuangan kali ini adalah yg terakhir dan paling jitu dan maksimum....kita sedia menanggung sebarang risiko..
"Perjuangan Belum Bermula"
Monday, March 30, 2009
TV3 Union as a Model in ASEAN region..
Seperti setiap awal tahun..Kesatuan akan sibuk dengan pemasalahan PMS dan di dalam kesibukan mediation berkenaan, semua MJK sempat juga menyertai UNI-MEI, Malaysia-Indonesia Organizing Workshop.
Bengkel ini adalah atas idea Bro. Jim Wilson, Director of Uni Mei yg berpejabat di Brussel, Belgium...yang pernah menyuarakan ideanya kepada saya pada bulan Mac 2008 semasa Seminar Uni Mei APRO di Manila, Filipina.
Antara sebab beliau mencadangkan workshop ini adalah agar Union di Indonesia dapat mempelajari sesuatu daripada TV3 Union dan atas sebab pemasalahan bahasa..kerana semasa di Filipina, delegasi Indonesia gagal berinteraksi dgn delegasi lain dan workshop ini akan menggunakan bahasan Malaysia/indonesia.
Workshop ini di adakan pada 24-26hb Mac 2009 bertempat di Hotel Istana....dengan kehadiran :Perbincangan adalah bersifat 2 hala iaitu antara malaysia dan indonesia, namun kebanyakan isu di bangkitkan oleh Indonesia kerana mereka masih menghadapi masalah dalam mengorganasir Kesatuan.
Kesatuan TV3 memainkan peranan utama kerna kita satu-satunya union broadcasting di Malaysia dan kita di anggap sebagai "big brother" kepada delegasi Indonesia. Sehinggakan kami di perlawa ke Indonesia untuk melawat stesen TV mereka.
Pada 25hb juga, semua peserta ini telah membuat lawatan ke Sri Pentas dan di beri sessi penerangan lengkap peranan Media Prima dan hubungan antara Pengurusan dan Kesatuan oleh Puan Nor Arzlin Redzwan, Pengurus Besar Sumber Manusia TV3...dan ternyata ia amat mengejutkan Bro Jim dan delegasi Indonesia kerana menurut mereka..di mana2 negara hubungan antara majikan dan kesatuan adalah amat bermasalah manakala di TV3 sebaliknya.Sunday, March 15, 2009
PMS mediation weeks
Maaf lama tak ber"blog" ini kerana Union sibuk dgn proses mediation appraisal 2008.
Union menerima 14 aduan dan selepas melalui 2 proses perundingan dan perbincangan hanya 5 aduan sahaja di bawah ke tahap akhir mediation bersama HR dan Union.
Mediation ini di jalankan pada 26hb Feb, 6 Mac dan 13 Mac utk 4 aduan manakala 1 lagi aduan menungguk penetapan tarikh.
Dalam 4 mediation itu, Union boleh rumuskan bahawa terlampau ramai orang melayu yg pemalas, hasad dengki dan ingin menutup periuk nasi rakan seagama dan sebangsa..dgn alasan yg bodoh.
Kenapa saya berkata begitu?
Pengurusan jabatan ini..enggan membuat kemaskini data, memantau pekerja bawahan, campuraduk personal dgn kerja, ego, tak ingin mendengan alasan, walaupun dah kalah..enggan mengaku dan tidak memahami peranan utk membantu syarikat mempertingkatkan prestasi kerja semua pekerja bawahan.
Apa yg diorang buat?
Makan gaji buta..ayat yg paling senang, malas buat kerja..ala kadar saja..tak ape lah..tak de sapa peduli..lantak dia lah janji aku ok...jgn kacau aku udah..apa2 hal akhir bulan dapat gaji.
Harus di ingat, gaji kita ini akan di guna utk membeli beras dan makanan yg kemudian akan di beri kepada keluarga kita dan akan menjadi darah daging sekeluarga...jadi apa maknanya jika rezeki yg di guna utk beli semua barang dapur adalah daripada rezeki...TAK HALAL???
tepuk dada..tanya hati
Timakasih.
Wednesday, March 4, 2009
Information Technology...don't left behind


(Kelihatan Mokhtar sedang melayari intenet utk maklumat2 terkini)
Kepada yg kurang mampu memiliki Laptop...penggunaan PC juga boleh di manfaatkan..dan keikhlasan pihak IT memberi 3 buah PC untuk keggunaan ahli-ahli Union TV3 amat di hargai dan berterima kasih.
Salam Kesatuan
Tuesday, March 3, 2009
Busy Day for Union...!
Union dalam minggu ini amat sibuk sekali..kerana terdapat 9 kes appraisal PMS yang perlu di selesaikan.
Pada 26hb lalu, 4 pilot telah ber "mediation" antara pengurusan jabatan, Sumber Manusia dan Union. Mewakili MS adalah Senior Manager Puan Nyarose, Eksekutif En Aidit dan Senior Clerk Sdr Azmi....mewakili HR adalah Pengurus HR Puan Sylvia dan mewakili Union adalah Presiden Khairuzzaman, Naib Presiden Jasmi dan 2 Exco iaitu Razak & Mohd.
Permulaan mediation telah di jalankan agak lama iaitu kira-kira 3 jam dengan pengadunya Sdr Aziz..dan suasana agak panas dengan ugutan dan suara yg tinggi...selepas itu mediation berhenti rehat untuk makan tengahari...
Sessi petang di jlnkan untuk pangadu Sdr Suhaimi, Sdr Wan Kamarul dan Sdr Hamdan..dan sessi berakhir pada jam 1830 ptg.
Dalam 4 kes yg di bentangkan..malangnya hanya 1 kes sahaja yg berjaya..iaitu Sdr Suhaimi Sukir yg akan melangsungkan majlis perkahwinan pada 13hb ini telah berjaya mendapat rating 4...ini kerana dari pengalaman kerja selama 22 tahun di TV3..tiada apa2 kecacatan dan masalah yg boleh mengatakan beliau tidak layak di beri rating 4.
Pada jumaat 6hb ini akan di bentangkan satu kes lagi untuk pengadu Sdr Mazlan Jamaluddin..dan di harap kejayaan akan di capai....manakala terdapat lagi 4 kes yang akan di tetapkan tarikh mediationnya.
Dalam posts seterusnya kita akan berbicara tentang "rumors" atau khabar angin yg sedang bertiup di TV3 iaitu perubahan Pengurusan Tertinggi dan pembayaran bonus KPI...tunggu esok.
