Saturday, January 30, 2010

2010...New Year for new Union resolution

Salam Sahabat2 Union,

2010 kini hampir melewati sebulan berlalu dan pada 27hb JAN 2010 lalu, Union telah mengadakan perjumpaan tahunan 2010 nya.
Amat membanggakan sekali seramai 64 orang dari 259 ahli union hadir walaupun kebanyakkan terlibat dgn tugasan harian. Bagi stesen tv seperti TV3, penganjuran perjumpaan amat berisiko kerana jika semua ahli2 union hadir maka tutup lah operasi TV3 atau dgn kata lain banyak program2 akan terjejas.
Walaupun 2009 telah berlalu..namun banyak kenangan dan kejayaan yg perlu dikenang oleh ahli-ahli Union kerana setiap perjuangan pegawai2 union amat bernilai dan pengalaman yg amat berharga.

Namun seperti tahun2 sebelumnya...setiap awal tahun pemasalahan PMS..appraisal akan sentiasa mengundang dan semua pegawai2 union terpaksa bertungkus lumus untuk membela nasib ahli2.
Pemasalahan ini wujud kerana adanya nilai wang $$$$$$$ di sebaliknya. Jika sebelum 2006 dulu appraisal tidak pernah diambil kira dan tak pernah dipedulikan...namun selepas wujudnya ganjaran wang selepas itu masalah setiap wujud.
Namun ia wujud bukan atas ketamakan manusia atau penyelia...tetapi sebenarnya adalah kerana sifat dengki...dengki "orang dapat lebih"...

Kita akan berhubung kembali dalam seminggu dua bila ade kes pertama PMS appraisal 2010 kelak.

No comments: