Wednesday, April 15, 2009

CA 2008-2011, 4th MEETING

Salam Sahabat Kesatuan,

Hari ini 15hb April 2009, tepat jam 3pm Kesatuan mengadakan rundingan Perjanjian Bersama 2008-2011 dengan Top Management TV3/Media Prima iaitu En. Rahman Ahmad-Group Managing Director TV3/MPB, Datuk Amrin Awaludin-CEO TV3, Puan Badariah Jalil-Group General Manager Corporate Affair, Puan Nor Arzlin Redzuan-General Manager HR TV3 dan Puan Sylvia-Manager HR TV3.

En. Rahman mendengar proposal dari Presiden TV3 Union
Mesyuarat berkenaan khursus utk mendengar dan membincangkan 2 artikel utama iaitu Artikel 23, Kenaikkan Gaji Tahunan dan Artikel 24, Penyelarasan Gaji.

Dalam mesyuarat berkenaan, Kesatuan bersetuju menerima cadangan syarikat utk Artikel 24 dengan penyelarasan gaji sebanyak 8%...dengan bermula pada Okt 08, oleh itu semua ahli Union akan menerima backdated dari Okt hingga Dec 2008.Mesyuarat di jalankan dengan suasana tenang tetapi serius.
Namun untuk Artikel 23, Kenaikkan Gaji Tahunan...Kesatuan dan Top Mngmt gagal mencapai kata sepakat tetapi beberapa pandangan dan cadangan telah di utarakan dan dibincangkan untuk En Rahman mengemukakan kembali kepada Board of Director TV3/Media Prima pada 28hb April 2009 kelak.GMD & CEO serius meneliti demand Union...

Oleh itu, Kesatuan memohon ahli2 bersabar dan menunggu keputusan Board of Director pada AGM MPB 28hb nanti...insyallah jika pihak pengurusan peka kepada kebajikan kita akan mendapat satu peningkatan percentage dari CA lama.Barisan MJK TV3 Union yg hadir..dari depan Presiden Khairuzzaman, Naib Presiden Jasme, Setiausaha Kehormat Sritharan, Bendahari Roslan dan exco Rahman, Ismail, Hamidah, Mohamad dan Razak....manakala Penolong SUK, Puan Abida bercuti di India.

Kesemua MJK menjalankan tugas dengan baik dan cermelang dengan beberapa persoalan yg boleh di jawab dan tidak terjawab oleh En Rahman.

Kesimpulan..perjuangan belum selesai..menunggu 28hb April 2008.

Sabar menunggu

Friday, April 10, 2009

APRIL FOOL

Salam Sahabat,

April tidak semestinya "fool" dan ia mungkin juga akan sentiasa fool???...hmmm.

Dalam bulan fool ini Union sedang menunggu jawapan 5 kes PMS yg telah di ajukan kepada perngurusan tertinggi TV3/MPB melalui En. Rahman Ahmad dan penantian suatu penyeksaan.

Juga pada 15hb April 2009, jam 3pm Union akan mengadakan perundingan kali ke 4..Perjanjian Bersama 2008-2011 (CA) bertempat di Level 5 Sri Pentas dengan kehadiran GMD En Rahman, CEO TV3 Datuk Amrin...semestinya saya sudah menjangkakan apa yg akan di brief kan..di ucap dan di bentangkan dan Union akan bersedia dgn plan A, B, C, D, E.....Z dan jika gagal juga maka ahli2 bersedia untuk membakar trak polis seperti di Kelantan (hahaha joking)

Union memandang serius isu "yearly increment" ini dan tidak sanggup lagi menunggu sehingga 2011 utk membincangkan nya kembali.

Kita telah menyuarakan proposal sama pada 2005 dan gagal...namun menang apabila mendapat tambahan kenaikkan melalui penilaian prestasi (PMS) 1% & 2% walaupun tak semua yg dapat..tapi ada juga ahli Union yg untung.

Jika kita gagal kali ini..adakah kita perlu menyuarakannya kembali pada 2011????

Saya rasa saya tidak sanggup menunggu sehingga 2011 dan perjuangan kali ini adalah yg terakhir dan paling jitu dan maksimum....kita sedia menanggung sebarang risiko..


"Perjuangan Belum Bermula"

Monday, March 30, 2009

TV3 Union as a Model in ASEAN region..

Salam sahabat ahli Kesatuan,

Seperti setiap awal tahun..Kesatuan akan sibuk dengan pemasalahan PMS dan di dalam kesibukan mediation berkenaan, semua MJK sempat juga menyertai UNI-MEI, Malaysia-Indonesia Organizing Workshop.

Bengkel ini adalah atas idea Bro. Jim Wilson, Director of Uni Mei yg berpejabat di Brussel, Belgium...yang pernah menyuarakan ideanya kepada saya pada bulan Mac 2008 semasa Seminar Uni Mei APRO di Manila, Filipina.

Antara sebab beliau mencadangkan workshop ini adalah agar Union di Indonesia dapat mempelajari sesuatu daripada TV3 Union dan atas sebab pemasalahan bahasa..kerana semasa di Filipina, delegasi Indonesia gagal berinteraksi dgn delegasi lain dan workshop ini akan menggunakan bahasan Malaysia/indonesia.

Workshop ini di adakan pada 24-26hb Mac 2009 bertempat di Hotel Istana....dengan kehadiran :
Pegawai kesatuan daripada 7 stesen TV di Jakarta, Indonesia
Wakil daripada PPFM seramai 3 orang
MJK dari Kesatuan TV3 seramai 5 orang.
Presiden UNI-MLC, Hj Shafiee
Setiausaha UNI-APRO-Telecom, Pak Kun
Bro. Jim Wilson, Director UNI MEI

Perbincangan adalah bersifat 2 hala iaitu antara malaysia dan indonesia, namun kebanyakan isu di bangkitkan oleh Indonesia kerana mereka masih menghadapi masalah dalam mengorganasir Kesatuan.

Kesatuan TV3 memainkan peranan utama kerna kita satu-satunya union broadcasting di Malaysia dan kita di anggap sebagai "big brother" kepada delegasi Indonesia. Sehinggakan kami di perlawa ke Indonesia untuk melawat stesen TV mereka.

Pada 25hb juga, semua peserta ini telah membuat lawatan ke Sri Pentas dan di beri sessi penerangan lengkap peranan Media Prima dan hubungan antara Pengurusan dan Kesatuan oleh Puan Nor Arzlin Redzwan, Pengurus Besar Sumber Manusia TV3...dan ternyata ia amat mengejutkan Bro Jim dan delegasi Indonesia kerana menurut mereka..di mana2 negara hubungan antara majikan dan kesatuan adalah amat bermasalah manakala di TV3 sebaliknya.
Tahniah kepada Pengurusan Sumber Manusia TV3 dan Kesatuan Sekerja TV3 kerana insyallah kita akan menerima anugerah tahun ini sebagai Kesatuan/Pengurusan terbaik 2009 dari UNI-APRO.
Syabas.