Tuesday, January 27, 2009

Cara-Cara Mengisi Borang PMS

Salam sahabat ahli2 kesatuan,


Harus di maklumkan bahawa pengisian borang PMS dalam target KPI atau target prestasi yg perlu di pertingkatkan perlu di buat pada awal tahun seeloknya Januari... dan wajib dengan perbicngan dan mengikut konsep "SMART".

Berapa banyak target KPI tidak menjadi halangan kerana jumlahnya mesti menjadi 100 juga. Seeloknya target yg tinggi percentage nya berada di atas utk lebih pemahaman.

Priority lebih kepada "job spec" dan satu kategori untuk disiplin yg melibatkan punctuality, attendance, dressing dll kerana skop disiplin adalah luas.
Ruangan target KPI ini adalah mewakili 50% daripada jmlah keseluruhan appraisal PMS. Manakala baki 50% lagi adalah "Compentancy"..apa benda tu ?...
Competency adalah "kecekapan". dan ia di nilai
melalui KEBOLEHAN, SIFAT, KEMAHIRAN & PENGETAHUAN yang membolehkan seseorang itu berjaya dalam dalam memyempurnakan sesuatu kerja atau cabaran.

Dalam pemilihan competency/kecekapan, staff non eksekutif hanya mempunyai 10 kategori kecekapan sahaja..dan melalui perbincangan antara penyelia dan pekerja...hanya 5 kategori yang telah di persetujui bersama akan di masukkan ke dalam bahagian competency ini dan secara langsung adalah "support" bahagian KPI.. bukan sesetengah penyelia yg sesuka hati memasukan kecekapan pekerja.

Dan setiap kategori yang di pilih tetap mempunyai graf tahap pencapaiannya dan bukan tahap sesuka hati.

Jika pekerja telah mencapai tahap ini, ia akan di beri rating seperti di dalam "matrik competancy" tadi.

Oleh itu bermakna utk perletakan KPI dan compentency borang PMS ini memerlukan perbincangan yg terbaik antara penyelia dan pekerja bawahannya.
masalahnya banyak penyelia tidak mahir atau tidak layak menjawat jawatan penyelia so ramai yg tak boleh mematuhi prosedur PMS ini...sebab skill nya terlampau tinggi..(yelah nak menilai pekerja) ada juga yg lemah dalam english so bertambah lah sawan diorang dalam membuat PMS...biarkan incharge bodoh bukan kita.


Harus juga di fahami bahawa PMS hendaklah di buat secara quarterly..bermakna 4 tahun sekali iaitu :

Jan/Feb - pemahaman target KPI

Mac - Quarter 1

Jun - Quarter 2

Sept - Quarter 3

Dec - FINAL review.

Bermacam-macam alasan di beri oleh penyelia utk tidak mematuhi prosedur ini....jangan kalut, sebab penyelia tu saja mencari nahas..kerana akhirnya bila membuat penilaian akhir.... bermacam alasan akan di beri...jika pekerja bermasalah, bukan menunggu akhir tahun utk memaklumkannya sepatutnya dalam quater yg berkenaan barulah perubahan boleh di lakukan.

Jika anda mempunyai masalah atau ada pertanyaan ...sila hubungi mana2 EXCO Union.

Thursday, January 22, 2009

Perfomance Management System (PMS) @ appraisal

Salam ahli2 Union,
Seperti tahun-tahun sebelumnya...appraisal @ PMS utk final assesment akan dijalankan dan prestasi pekerja2 akan di nilai dgn Rating 1,2,3,4,atau5, rating ini akan di convert pula menjadi RM...(duit..duit). Oleh itu setiap penilaian amat berharga dan penting.

Seperti tahun sebelumnya, Union sentiasa menerima aduan "grievance" (kilanan...terkilan atau tidak puashati). Dan mengikut statistik Union :
2005 - 3 aduan, Rating 2 - 3 org (semua berjaya ke rating 3)
2005 - 19 aduan, Rating 2 - 3 org (2 org berjaya ke rating 3)
Rating 3 - 16 org
2006 - 5 aduan, Rating 2 - 2 org(semua berjaya ke rating 3)
Rating 3 - 3 org
2007 - 6 aduan, Rating 2 - 1 org
Rating 3 - 5 org
2008 - 2 aduan, Rating 3 - 2 org

Apakah pentingnya rating ini dan kenapa ia menjadi isu atau pemasalahan ?
Ia akan effect pada kenaikkan gaji tahunan ahli union, upgrading, promotion dan bonus KPI syarikat berdasarkan prestasi kewangan syarikat.
bagi bos-bos berapa kos yg keluar lagi penting dari pestasi pekerja
Apakah dia PMS @ appraisal?
Satu kaedah yg sistematik bagi meningkatkan prestasi individu dan pasukan untuk mencapai objektif syarikat.
tapi kbanyakkan bos..lebih suka condemn pekerja je..
Apakah polisi PMS?
Plan prestasi setiap 3 bulan, adakan perbincangan dan hasrat meningkatkan prestasi pekerja.
ada unit wat appraisal setahun sekali..alasan sibuk, cakap je lah takut jupe anak buah.
Unsur-unsur PMS?
sistem SMART.. Specific (mudah difahami), Measurable (dapat ukur kualiti tugasan), Achievable (oleh di perolehi dgn skill sekarang, Realistik (boleh di capai bukan mudah sangat atau mustahil di capai), Time bound (dalam jangkamasa setahun atau 3 bulan.
..apa yg bos buat?...dia letak sukahati dia je..spt tak boleh MC.gilo apo

Jika tidak bersetuju dgn rating, apa yang perlu kita buat?
Cuba berbincang dgn superior berdasarkan prestasi anda tidak mengira berapa kerap..selepad deadlock iaitu perbincangan mati, sila hubungi Union dan failkan grievance atau rungutan, union akan bawa kepada HR dan adakan satu mediator utk mengcungkil segala pemasalahan dan alasan 2 pihak. Pihak HR sebagai org tengah akan membuat penilaian dan keputusan. Pihak Union akan sentiasa bersama anda.
di sini kebodohan superior anda akan terbongkar di depan pegawai HR TV3..rekod buruk lah
Untuk sebarang keputusan..sila bawa berbincang atau tanya pendapat rakan2 setugas, jangan terburu-buru atau ikut panas baran, yg akan rugi anda bukan bos-bos kita.

Wednesday, January 21, 2009

Union Cyber Lab

Arus teknologi telah berjaya mengubah minda dan pandangan ahli2 Union tentang IT dan komputer. Selepas syarikat memperkenalkan PC Fair tahun 2008 lalu, ramai ahli2 Union telah
membeli laptop.

Daripada visual sebelah, adalah gambaran pejabat
Union dgn kesibukan ahli2 "surf" internet. Hanya kelihatan 5 laptop sahaja tetapi sebenarnya terdapat 7 laptop dan 3 PC...oii banyaknya.

Kesatuan akan di bekal dgn 3 PC lagi utk melanjutkan pendidikan atau kesinambungan dari kursus tempohari..yang akan diletak di dalam bilik Union dan juga akan memkaji keperluan atas cadangan CTO utk mengadakan kursus sepertinya setiap bulan.

Kesatuan juga akan mengadakan beberapa kursus lain..di harap ahli2 menunggu giliran an bersabar.