Tuesday, February 17, 2009

CEOs & Execs should take pay cut !!

Salam Sahabat,

Dalam menghadapi kegawatan ekonomi..banyak syarikat mengambil tindakan drastik dengan mengurangkan kos operasi seperti retrenchment, kurangkan waktu kerja atau VSS.

Menurut Presiden MTUC, Syed Shahir..top management sepatutnya mengambil inisitif atau menunjukkan contoh dengan mengurangkan gaji mereka demi syarikat daripada mengurangkan gaji pekerja bawahan dan mengurangkan pekerja.

Kita sepatutnya mengikut langkah seperti singapore yang bersetuju agar semua menteri termasuk PM mengurangkan gaji mereka dahulu utk membantu negara.

Terkini maklumat dari MTUC seramai 13,000 pekerja telah di tamatkan perkhidmatan mereka. Dan kini MTUC sedang membuat pemantauan.

Kenyataan dari Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Subramaniam..pekerja2 sepatutnya membuat sacrifies dengan menerima pemotongan gaji, pengurangan waktu kerja atau hari berkerja dalam menambah produktiviti.

Sepatutnya sacrifies in datangnya daripada semua pihak...atas sampai bawah, kenapa hanya pekerja bawahan sahaja di tekan...impaknya akan kecil kerana gaji mereka rendah...

Ini semua salah satu kebodohan orang yang cerdik...hmmmmm

Jupe lagi

Monday, February 16, 2009

Performance Appraisal

Salam,

Setelah 2 hari sessi appraisal utk 2nd round di adakan pada 13 & 16hb untuk 10 pemandu MS, beberapa perubahan telah di lakukan...alhamdulilah pengurusan MS sedia membuat perubahan.

Kenapa perlu ada 2nd round appraisal dan pembabitan Presiden Union jika penilaian di buat dengan telus?
Jika setiap pengurusan unit dan jabatan telah memahami cara2 PMS di jalankan, mengukur tahap sebenar prestasi pekerja dan target KPI tahunan semua pekerja, ia akan menjadi lebih mudah....dan tidak akan ada "grievance" dan pembabitan union.

Dalam 10 kes pemandu ini.......
2 pemandu telah menarik balik grievance.
3 pemandu telah berjaya di naikkan ke rating 4.
5 pemandu gagal dalam penilaian semula.

Apakah peranan Union seterusnya?
Kita telah memberi dateline kepada HR untuk semua penyelesaian kes appraisal PMS ini pada Selasa 17hb (esok) dan jika masih wujud pertikaian @ kilanan @ grievance..kes akan di failkan kepada union yg akan mengfailkan ke HR yg kemudian akan mengadakan sessi mediator utk penyelesaian.

Mediator..apa tu?
Ia adalah mesyuarat perundingan untuk penilaian kembali dengan Union bertindak sebagai peguam yg akan menyoal pengurusan kenapa penilaian ini menjadi isu dan mempertahankan aduan ahli2. HR akan bertindak sebagai moderator yang akan menilai kes samaada menyebelahi pengurusan unit atau union/pekerja.

Isu pemaslahan appraisal PMS ini hanya wujud bilamana isu bonus produktiviti (KPI) menjadi satu daya tarikan. Ia tidak lagi menjadi isu penilaian prestasi tetapi...berapa banyak syarikat perlu bayar bonus dan ada orang2 tertentu yg telah menambat hati bos utk dapatkan rating tertinggi iaitu 5.

Tetapi dengan adanya Union...pengurusan yang ingin mengambil kesempatan ini telah lebih berhati-hati dan menjaga bontot mereka..kerana union akan memastikan nama dan jawatan mereka tergugat jika penipuan berlaku.....

Untuk rekod...tiada pengurus yang telah di seret ke mediator ini akan sanggup kembali ke mediator utk kali kedua..so bermakna tekanannya amat tertinggi.
Terima Kasih,.

Friday, February 13, 2009

PMS sawan arrive today!

Salam sahabat Kesatuan,

Hari ini 13hb Feb 09, appraisal PMS utk 14 ahli Union yg tak sain pada penilaian pekerja dgn superior masing2 akan di jalankan.

14 berkenaan adalah, 10 pemandu, 1 kameraman, 1 propsman, 1 PA dan 1 technician.

Alhamdulilah sebanyak 6 appraisal di buat hari ini.........1 kes MELETUP!! sampai tumbuk meja dan tertumbuk rusuk kawan yg cuba menenangkan keadaan...5 kes berjalan dengan lancar dan 2 berjaya di naikkan ke rating 4...alhamdulilah !!!

Lagi 8 appraisal akan di sambung pada Isnin 16hb Feb...

Apa yang saya dapat gambarkan di sini antara kelemahan dan kelebihan semasa appraisal di jalankan...
1-Masih ada pengurusan yg tidak memahami prosedur atau tujuan di adakan appraisal.
2-Pengurusan Unit terlalu bongkak dan tak nak menerima kelemahan dan kesilapan diri.
3-Ada pengurusan pandai main ayat, walaupun taknak ubah rating tetapi tidak menyakitkan hati pekerja bawahan.
4-Terdapat pekerja yg gagal memanafaatkan peluang utk memperbetulkan keadaan.
5- Ada pekerja suka melalut kononnya dia bagus tetapi gagal meraih kepercayaan pengurusan.

Apa yang saya dapat kenalpasti adalah......Union terpaksa berkerja lebih untuk mendidik kematangan ahli2 dan cara berkomunikasi yg terbaik.

Salam