Tuesday, September 1, 2009

LATEST INFO..!!

Salam Ramadhan sahabat Kesatuan,

Untuk makluman ahli2 semua...berikut adalah informasi terkini kesatuan :

GAJI AWAL PERAYAAN
Insyallah gaji akan dibayar pada 18hb Sept 09

BONUS TAHUNAN
Akan dibayarkan sebulan pada bulan Nov & Dec 2009

DAGING SUBSIDI
Pembahagian akan dibuat pada 17 @ 18 Sept 09. Pembayaran melalui potongan gaji.

UPGRADING & PROMOTION
Surat perlantikan akan diedarkan..perlantikan berkuatkuasa pada 1hbSept 09. Hanya kepada yg layak sahaja.

CUTI WAJIB
Pengurusan akan melaksanakan cuti ini pada 23hb Sept (hari raya ke 4) utk memastikan staff clerical dpt cuti lebih.

MAJLIS BERBUKA PUASA KESATUAN
Akan diadakan pada Rabu 09.09.09 di depan Pejabat Kesatuan. Mohon ahli2 semua hadir

Wednesday, August 12, 2009

Salam Sahabat,

MAAF..lama tidak bersiaran di dalam blog ini kerana Union agak sibuk dgn beberapa isu iaitu :
16 Jun - GLC conference di Istana Hotel
17 Jun - Mesyuarat dgn GMHR TV3
24 Jun - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ke 5 Union
5-15 Julai - Presiden membuat liputan Pilihanraya Kecil Manik Urai
30 Julai - Majlis Doa Selamat Kesyukuran Union di Surau Sri Pentas

Di dalam bulan Ogos ini, beberapa aktiviti kesatuan adalah :
19 Ogos - Farewell Union dan GMD Rahman Ahmad
20 Ogos - CA quality check utk percetakan

Insyalllah 22 Ogos nanti kita akan menyambut Ramadhan al mubarak dan seperti tahun sebelumnya insyallah Union akan membuat majlis :

MAJLIS BERBUKA PUASA KESATUAN 2009
9 September 2009
Central Block Sri Pentas (depan Pejabat Kesatuan)

Tuesday, June 16, 2009

APA YANG KITA AKAN DAPAT PADA...26 JUN

Sahabat Ahli2 Kesatuan,

Apakah yang kita akan dapat pada 26hb Jun ini hasil daripada Perjanjian Bersama 2008-2011.

Untuk hebahan....kita akan dapat :

1. Backdated Overtime Claim adjustment bagi bulan Okt 08-April 09 (7 bulan)

2. Backdated Overtime Claim Increment dari bulan Jan-April 09

Apa maknanya ni?

a) Jika dulu gaji kita RM1,500 dan nilai OT kita sejam adalah RM10.80...bila dapat adjustment 8% maka gaji akan naik menjadi RM1,620 dan nilai OT pun akan naik menjadi RM11.60 bermakna pertambahan nilai sebanyak RM0.80......oleh itu setiap jam OT kita akan di kira dengan pertambahan ini.

Sama juga pengiraanya...utk pertambahan gaji selepas increment!

Cth..OT dulu 50 jam normal...kita dapat RM540..............maka kini

OT kini 50 jam normal..kita akan dapat RM580...pertambahan RM50....

3. Arrears utk Bonus Kontraktual 2 bulan (yg di bayar Okt 08)

Gaji semasa di bayar bonus adalah gaji lama...oleh itu selepas adjustment 8% jika cthnya pertambahan RM150 maka kita akan mendapat RM300 utk 2 bulan bonus.

4. Arrears utk Bonus KPI samaasa 1.75, 2.0 atau 2.5 (yg di bayar Apr 09)

Gaji semasa di bayar bonus KPI adalah belum di tambah dgn increment 8/9/10% oleh itu jika arrearsnya adalah RM150..jika dapat appraisal 3 (1.75) dapatla RM225, jika 4 (2.0) dapatla RM300....

5. Arrears pertambahan Elaun Driver VIP

Elaun telah di tambah sebanyak RM100 sebulan daripada RM200...oleh itu semua pemandu VIP akan dapat RM800..iaitu bermula Okt 08 hingga Mei 09 (8 bulan)

NASIHAT KESATUAN...BERJIMAT CERMATLAH DARIPADA REZEKI YG KITA DAPAT INI...DAN BERI KOMITMEN ANDA KEPADA KESATUAN KITA...INSYALLAH