Thursday, April 30, 2009

New Media Prima Executive Chairman

Sahabat Union,


Pada 30hb April lalu, Datuk Abd Mutalib telah bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Media Prima Bhd dan pada hari yang sama Datuk Johan Jaafar telah di lantik sebagai Pengerusi Eksekutif Media Prima.

Datuk Johan Jaafar adalah :

1. Bekas Group Chief Editor & Executive Director Utusan Melayu (M) Bhd

2. Board of Director, BERNAMA

3. Board of Director, Malaysian Business Council.

4. Board of Director, Multimedia Development Council.

5. Chairman Dewan Bahasa & Pustaka.

6. Chairman National Arts Council of Malaysia

7. Chairman Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI)

8. Chairman National Economic Action Council (NEAC)

9. Executive Director Alpha Platform

10. Chairman Sekolah Sri Nobel

11. Board of Director Sindora Bhd

Salam.

Saturday, April 25, 2009

Ahli Union Berkampung di Lumut

Sempena Karnival Jom Heboh di Lumut, Perak pada 25 & 26 April 2009 hampir 20 orang ahli Union TV3 berada di sini.

Semestinya komitmen ahli2 Union ini amat tinggi dalam menjayakan karnival TV3 kerana mereka ini terdiri daripada pelbagai unit yg penting dan utama seperti Driver, PA, Cameraman, Lightingman, Audioman, Technician dan pembantu2 di Booth program TV3.

Semua ahli Union sanggup berpanas dan berhujan demi komitmen dan semangat utk menjayakan setiap program anjuran syarikat tersayang TV3.

Malam ni akan diadakan Konsert TV9 sempena Ulangtahun ke 3 adik bongsu kami.

Berjumpa esok

Monday, April 20, 2009

Adjustment 8% & Increment 7%..8%..or 9%

Salam Sahabat Union,

Seperti sedia maklum..14hb April lepas Union telah mengadakan mesyuarat CA yang ke 4 dgn En Rahman dan Datuk Amrin.

Di dalam mesyuarat berkenaan Union telah bersetuju kepada :

Adjustment CA sebanyak 8% bermula 1hb Okt 2008

oleh dengan itu kita akan mendapat backdated sebanyak 3 bulan iaitu bermula Okt, Nov & Dec 08 bersama-sama dengan backdated Overtime.

Dan pengiraanya adalah :

Gaji asal X 8% = RM xx.xx + gaji asal = Gaji Akhir 31hb Dec 2008
Jika nilai overtime kita RM10 sejam dan akibat kenaikan adjustment ini menjadi RM10.20 maka backdated sebanyak 20 sen sejam akan di kira.

Untuk Yearly increment sehingga 2011, Kesatuan telah mencadangkan sebanyak 10%..tetapi angka ini telah di anggap besar oleh pengurusan TV3...oleh itu Union telah mencadangkan agar :

Kenaikkan gaji tahunan sebanyak 10% atau kenaikkan melebihi CA lama

Oleh itu Union di fahamkan oleh HR bahawa proposal kali ke 3 akan di bentangkan kepada Board of Director TV3/MPB pada 28hb April ini dalam AGM 2009 utk cadangan akhir dan juga Union di fahamkan insyallah dalam gaji 26hb Mei 2009 nanti kita akan mendapat semua backdated & increment & adjustment sekali gus....insyallah.

Salam.