Monday, March 30, 2009

TV3 Union as a Model in ASEAN region..

Salam sahabat ahli Kesatuan,

Seperti setiap awal tahun..Kesatuan akan sibuk dengan pemasalahan PMS dan di dalam kesibukan mediation berkenaan, semua MJK sempat juga menyertai UNI-MEI, Malaysia-Indonesia Organizing Workshop.

Bengkel ini adalah atas idea Bro. Jim Wilson, Director of Uni Mei yg berpejabat di Brussel, Belgium...yang pernah menyuarakan ideanya kepada saya pada bulan Mac 2008 semasa Seminar Uni Mei APRO di Manila, Filipina.

Antara sebab beliau mencadangkan workshop ini adalah agar Union di Indonesia dapat mempelajari sesuatu daripada TV3 Union dan atas sebab pemasalahan bahasa..kerana semasa di Filipina, delegasi Indonesia gagal berinteraksi dgn delegasi lain dan workshop ini akan menggunakan bahasan Malaysia/indonesia.

Workshop ini di adakan pada 24-26hb Mac 2009 bertempat di Hotel Istana....dengan kehadiran :
Pegawai kesatuan daripada 7 stesen TV di Jakarta, Indonesia
Wakil daripada PPFM seramai 3 orang
MJK dari Kesatuan TV3 seramai 5 orang.
Presiden UNI-MLC, Hj Shafiee
Setiausaha UNI-APRO-Telecom, Pak Kun
Bro. Jim Wilson, Director UNI MEI

Perbincangan adalah bersifat 2 hala iaitu antara malaysia dan indonesia, namun kebanyakan isu di bangkitkan oleh Indonesia kerana mereka masih menghadapi masalah dalam mengorganasir Kesatuan.

Kesatuan TV3 memainkan peranan utama kerna kita satu-satunya union broadcasting di Malaysia dan kita di anggap sebagai "big brother" kepada delegasi Indonesia. Sehinggakan kami di perlawa ke Indonesia untuk melawat stesen TV mereka.

Pada 25hb juga, semua peserta ini telah membuat lawatan ke Sri Pentas dan di beri sessi penerangan lengkap peranan Media Prima dan hubungan antara Pengurusan dan Kesatuan oleh Puan Nor Arzlin Redzwan, Pengurus Besar Sumber Manusia TV3...dan ternyata ia amat mengejutkan Bro Jim dan delegasi Indonesia kerana menurut mereka..di mana2 negara hubungan antara majikan dan kesatuan adalah amat bermasalah manakala di TV3 sebaliknya.
Tahniah kepada Pengurusan Sumber Manusia TV3 dan Kesatuan Sekerja TV3 kerana insyallah kita akan menerima anugerah tahun ini sebagai Kesatuan/Pengurusan terbaik 2009 dari UNI-APRO.
Syabas.

Sunday, March 15, 2009

PMS mediation weeks

Salam sahabat,

Maaf lama tak ber"blog" ini kerana Union sibuk dgn proses mediation appraisal 2008.

Union menerima 14 aduan dan selepas melalui 2 proses perundingan dan perbincangan hanya 5 aduan sahaja di bawah ke tahap akhir mediation bersama HR dan Union.

Mediation ini di jalankan pada 26hb Feb, 6 Mac dan 13 Mac utk 4 aduan manakala 1 lagi aduan menungguk penetapan tarikh.

Dalam 4 mediation itu, Union boleh rumuskan bahawa terlampau ramai orang melayu yg pemalas, hasad dengki dan ingin menutup periuk nasi rakan seagama dan sebangsa..dgn alasan yg bodoh.

Kenapa saya berkata begitu?

Pengurusan jabatan ini..enggan membuat kemaskini data, memantau pekerja bawahan, campuraduk personal dgn kerja, ego, tak ingin mendengan alasan, walaupun dah kalah..enggan mengaku dan tidak memahami peranan utk membantu syarikat mempertingkatkan prestasi kerja semua pekerja bawahan.

Apa yg diorang buat?

Makan gaji buta..ayat yg paling senang, malas buat kerja..ala kadar saja..tak ape lah..tak de sapa peduli..lantak dia lah janji aku ok...jgn kacau aku udah..apa2 hal akhir bulan dapat gaji.

Harus di ingat, gaji kita ini akan di guna utk membeli beras dan makanan yg kemudian akan di beri kepada keluarga kita dan akan menjadi darah daging sekeluarga...jadi apa maknanya jika rezeki yg di guna utk beli semua barang dapur adalah daripada rezeki...TAK HALAL???

tepuk dada..tanya hati

Timakasih.

Wednesday, March 4, 2009

Information Technology...don't left behind

Salam Sahabat,

Dalam dunia akhir abad 20 ini...banyak ciptaan baru di perkenalkan..seperti teknologi maklumat melalui internet...jika kita lambat mempelajari penggunaan komputer (orang panggil PC atau Laptop) maka kita akan ketinggalan jauh ke belakang.

Bak kata Mat Rempit.."dua tiang lampu di belakang"...oleh itu jika kemudahan yang ada sila gunakan....peluang yg ada sila sambarkan kerana ilmu pengetahuan tidak menunggu kita.

Dua gambar di bawah ini jelas memamparkan betapa peluang ini tidak boleh di biarkan berlalu begitu sahaja.
Kelihatan jurukamera dan ahli Union sibuk melayari internet...(from left...Jeffry, Hamidon, Fitri dan Fairos..yg nampak tangan di kiri adalah Azahar dan di kanan Mardzuki)

(Kelihatan Mokhtar sedang melayari intenet utk maklumat2 terkini)

Kepada yg kurang mampu memiliki Laptop...penggunaan PC juga boleh di manfaatkan..dan keikhlasan pihak IT memberi 3 buah PC untuk keggunaan ahli-ahli Union TV3 amat di hargai dan berterima kasih.

Salam Kesatuan

Tuesday, March 3, 2009

Busy Day for Union...!

Salam Sahabat,

Union dalam minggu ini amat sibuk sekali..kerana terdapat 9 kes appraisal PMS yang perlu di selesaikan.

Pada 26hb lalu, 4 pilot telah ber "mediation" antara pengurusan jabatan, Sumber Manusia dan Union. Mewakili MS adalah Senior Manager Puan Nyarose, Eksekutif En Aidit dan Senior Clerk Sdr Azmi....mewakili HR adalah Pengurus HR Puan Sylvia dan mewakili Union adalah Presiden Khairuzzaman, Naib Presiden Jasmi dan 2 Exco iaitu Razak & Mohd.

Permulaan mediation telah di jalankan agak lama iaitu kira-kira 3 jam dengan pengadunya Sdr Aziz..dan suasana agak panas dengan ugutan dan suara yg tinggi...selepas itu mediation berhenti rehat untuk makan tengahari...

Sessi petang di jlnkan untuk pangadu Sdr Suhaimi, Sdr Wan Kamarul dan Sdr Hamdan..dan sessi berakhir pada jam 1830 ptg.

Dalam 4 kes yg di bentangkan..malangnya hanya 1 kes sahaja yg berjaya..iaitu Sdr Suhaimi Sukir yg akan melangsungkan majlis perkahwinan pada 13hb ini telah berjaya mendapat rating 4...ini kerana dari pengalaman kerja selama 22 tahun di TV3..tiada apa2 kecacatan dan masalah yg boleh mengatakan beliau tidak layak di beri rating 4.

Pada jumaat 6hb ini akan di bentangkan satu kes lagi untuk pengadu Sdr Mazlan Jamaluddin..dan di harap kejayaan akan di capai....manakala terdapat lagi 4 kes yang akan di tetapkan tarikh mediationnya.

Dalam posts seterusnya kita akan berbicara tentang "rumors" atau khabar angin yg sedang bertiup di TV3 iaitu perubahan Pengurusan Tertinggi dan pembayaran bonus KPI...tunggu esok.